Kampungku melambai-lambai, ternampak mak tersenyum menyambut kepulangan kami di muka pintu, kakak berlari girang bila mama sampai ke kampung. Segalanya buat saya tak sabar hendak memegang setereng kereta. Insyaallah akan bergerak pukul 9 am. Destinasi tentulah tanah tumpah darah Kampung Pida 2 Sekerat, Arau, Perlis (klasikkan nama kampung saya).
Perjalanan merentasi 500km moga Allah s.w.t lindungi saya dan anak-anak sehingga sampai ke destinasi dan balik semula ke Kajang, jangan tanya kenapa hanya bersama anak-anak kerana setiap orang ada kisah hidupnya sendiri. Kisah yang menjadi rencah masam-manis kehidupan, kalau tak tawar je hidup ye dok. Saya tak mahu sedih-sedih menyambut lebaran, saya nak gembira dengan mak, anak-anak dan keluarga.
Walaupun penat, letih tetapi seribu kepuasan bila dapat tengok wajah mak, cium tangan dan pipinya juga dapat peluk erat-erat anak perempuan nan seorang. Rindu depa dua. Rasa tak sabar nak sampai kampung. Mak mesti masak best-best untuk anak cucu.
Buat semua sahabat maya berhati-hatilah semasa memandu don't sleep and drive! Nak sleep berhentilah di mana-mana Hentian Rehat dan Rawat yang di sediakan dan pastikan juga tempat yang kita nak berhenti tu terjamin keselamatannya. Menjelang musim perayaan ini segalanya mungkin boleh berlaku.
