Quantcast
Channel: Rider Sejati
Viewing all articles
Browse latest Browse all 567

Nostalgia Sehari Sebelum Raya

$
0
0

Hari ini adalah hari paling meriah. Esok sudah nak raya. Zaman kecik-kecik dulu apa yang tahu hanya seronok je. Terbayang-bayang baju baru yang bakal di sarung esok, kasut baru, subang gayut-gayut kat telinga, boleh juga kemam-kemam lipstik mak merahlah bibir. Paling best esok boleh kumpul duit raya!


Malamnya lepas berbuka masing-masing meloko (menung) depan televisyen tunggu pengumuman hari raya oleh Penyimpan Mohor Raja. Bila umum sahaja anak bulan Syawal sudah kelihatan dan diistiharkan 1 Syawal jatuh pada keesokan harinya kami semua bersorak girang. Seronok weh. Zaman sekarang mana ada lagi nikmat macam tu, semua dah tertulis kat kalendar almaklumlah zaman serba canggih.


Mana yang belum balut ketupat sibuklah memasak beras pulut dan memabalut ketupat palas. Kalut menyembelih ayam untuk dimasak kari habuan cicah ketupat nanti. Kalau ada daging itu jugak digulaikan, dipotong halus untuk memudahkan cicah ketupat. Sekali suap seketul daging!


Pada masa yang sama kewangian kek semerbak satu kampung, biasanya kek akan di buat petang raya atau selepas pengumuman raya. Kalau buat awal-awal habislah dikerjakan anak-anak. Nostalgia kek warna-warni paling canggih itulah atau pun kek marble atau kek belang. Sekarang seribu macam jenis kek, berselera makan dengan tidak ja.


Kadang-kadang sampai ke pagi masih bertungkus-lumus menyiapkan juadah hari raya, beramai-ramai bersama ahli keluarga. Malam tu jugak keluarkan balang biskut dan penuhkan balang dengan segala jenis kuih muih.


Nostalgia sehari sebelum raya yang tinggal kenangan. Segalanya tidak akan kembali lagi. Zaman berubah cara menyambut Syawal juga turut berubah. Satu yang pasti walau apa cara kita meraikan Syawal kita tetap menyambutnya penuh kesyukuran.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 567

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.