Syawal masih meriah. Ramadhan yang berlalu masih berbekas kuat di hati, berkat Ramadhan bertali arus sehingga kini. Alhamdulillah.
Jodoh pertemuan di tangan Allah tetapi sebagai hambanya kita sepatutnya berusaha kearah itu bukan hanya berserah kepada takdir semata. Setelah berusaha bertawakkallah moga Allah mempermudahkan segalanya.
Kali ini mungkin Allah telah memakbulkan doa mak yang satu ini, juga mungkin doa saya sebagai adik setiap kali sujud sunat di hening malam tentunya doa mak lebih mustajab.
Setakat ini telah ada perkembangan positif kedua belah pihak. Angah berubah kearah yang lebih positif kerana mungkin sudah ada hala tuju dan tanggungjawab yang bakal di galas. Selama ini tanggungjawab hanya pada mak tak lama lagi mungkin akan lebih dari itu.
Mak senyum sakan-sakan sejak Syawal ini. Kami adik beradik sibuk dah dok plan macam-macam. Kenduri kahwin terakhir rumah mak pun 12 tahun yang lepas masa raikan perkahwinan tukang jahit sayalah. Semua orang tak sabar. Almaklumlah lama sangat dok tunggu hati si Angah terbuka untuk seorang perempuan.
Doa yang terbaik buat depa dua semoga adalah jodoh depa, tak ada masalah besar yang melanda.
