Entri terakhir kisah raya saya kerana esoknya saya akan bertolak balik ke Kajang. Rindu wehhh tinggal seminggu orang tu. Seperti biasa akan ada edisi bakar membakar. Tahun lepas buat siang tapi kali ini pakat-pakat main api belah malam.
Syawal ke-4 Makcik Uji dan adik Eja (tukang jahit saya) pergi pasar beli ayam dan daging. Saya bangun pukul 9am jadi ketinggalan kereta api (bangun subuh tidur balik dan akhirnya mak pulak kejut...perggghhh...). Itupun sebab mak nak ajak pergi rumah kawan dia kalau tak mahu dia biarkan tidur sampai tengahari.
Biasanya kami berbbq sahaja tapi tahun ini Makcik Uji nak buat satay, bakar ikan temenung dan saya beli sosej. Menu simple. Tambahan nasi putih, sup ayam, nasi impit dan kuah kacang. Alhamdulillah semua makan sampai kenyang. Ada yang terkecil hati bagai abaikan sahaja, ini bukanlah majlis besar-besaran cuma makan-makan keluarga, siapa datang bermakna rezeki jadi makanlah. Tiada jemputan secara rasmi.
Resepi Satay Ringkas Makcik sangat senang rupanya bawang putih, bawang merah, serai, halia, lengkuas , garam dan gula sebagai perasa (sesetengah resepi latak jintan). Kisar halus semua bahan dan perap bersama ayam atau daging.
Resepi Satay Ringkas Makcik sangat senang rupanya bawang putih, bawang merah, serai, halia, lengkuas , garam dan gula sebagai perasa (sesetengah resepi latak jintan). Kisar halus semua bahan dan perap bersama ayam atau daging.
Mak ajak saya pergi rumah kawan dia jadi saya bersiap lawa-lawa tinggalkan depa yang sibuk dok siat ayam, potong daging dan siang ikan. Aktiviti balik dari pasar.
Balik bawak mak jalan-jalan sertai depa dok cucuk satay, saya beli sosej budak-budak cucuk sosej pulak. Tiga orang tu anak makcik saya, walaupun dia muda setahun dari saya tapi anak sulung dia dah berumur 16 tahun, anak saya baru 13 tahun.
Malam saya keluar lagi, kakak merengek hp rosak. Dah esoknya mama nak balik Kajang terpaksa jugak penuhi permintaan dia. Mak tok dah pesan jangan beli hp baru tapi hati mak cair sahaja, dah le dak pompuan tu dok jauh-jauh dari mama tak mampu nak tolak permintaan dia. Mula-mula membakar dekat beranda konon nak lepak santai, tau-tau hujan pulak terpaksa lari ke tepi rumah yang berbumbung.
Saja nak tayang-tayang, inilah beranda depan rumah pusaka nenek saya. Sebenarnya yang di depan tu tingkap tapi depa main langkah ja keluar masuk ikut situ, rasanya tak lama lagi jadi pintu kot.
Beraya di kampung memang ada jiwa berbanding raya kat bandar. Jiwa itu lebih kepada mengutip kenangan-kenangan lalu. Meniti zaman anak kecil, remaja dan dewasa. Di setiap fasa pasti ada memori-memori indah raya yang tak mampu kita lupa.
