Penting ke trafik blog kepada seorang blogger?
Perumpamaan paling mudah. Kita buka sebuah kedai makan semakin banyak pelanggan semakin banyaklah pendapatan. Kita masak sedap-sedap semakin pelanggan suka, sepertinya kita buat entri yang bagus serta berkualiti semakin pembaca hendak datang. Bila pelangan datang secara automatiknya mereka akan bercakap mengenai kesedapan makanan kedai kita jadinya akan jadi iklan mulut ke mulut bermakna semakin bertambahlah pelanggan. Begitulah juga blog kita. Semakin berkualiti serta berguna entri yang kita buat semakin akan ramai pembaca akan datang.
Jika tukang jahit bergantung kepada kualiti jahitan serta design baju yang dibuat begitu juga dengan penulis blog. Selain isi kandungan, design blog yang cantik dan bagus juga penting untuk menarik minta pembaca kembali bagi membantu menaikkan trafik blog. Bayangkan design blog yang cantik, kemas serta mesra pengguna pembaca tidak akan berfikir banyak kali untuk datang lagi.
Menulis blog sama ada mengharapkan pendapatan sebagaimana penulis blog sepenuh masa tetapi juga merupakan bonus bagi penulis blog separuh masa. Menulis tiba-tiba dapat duit! Mesti senyum-senyum sampai telinga. Duit terpijak dari hobi menulis serta berkongsi kisah. Mudah.
Apabila trafik blog tinggi ini akan menarik pengiklan untuk menggunakan khidmat kita. Zaman telah berubah ramai pengiklan mula beralih arah untuk menggunakan khidmat blogger. Pengiklan dapat menjimatkan kos kerana untuk mengiklan di media cetak dan media elektronik mereka memerlukan modal untuk membuat iklan juga membayar pengiklan. Sekiranya mengiklan dengan blog mereka hanya memerlukan input barangan yang hendak diiklan dan selebihnya tuan punya blog akan selesaikan. Mudah. Bila trafik sesebuah blog tinggi bermakna pembacanya ramai jadi pengiklan akan lebih percaya untuk mengiklankan produk dengan kita.
Contoh paling mudah kenapa trafik sangat penting kepada blog adalah Nuffnang. Ramai blogger berlumba-lumba memasang iklan Nuffnang di blog masing-masing terutama blogger yang baru hendak mengenal sepak terajang dunia blog, pendapatan pula bergantung kepada jumlah pengunjung blog semakin tinggi trafik sesebuah blog semakin tinggi juga pendapatan itu contoh mudah. Banyak lagi contoh pengikalan yang menawarkan pendapatan mudah sebegini. Bukankah trafik itu sangat penting?
Berkerja keraslah untuk menaikkan mahupun mengekalkan trafik blog masing-masing. Bukan mudah untuk dikenali kerana sesebuah blog perlu kekuatan tersendiri. Trafik blog sangat penting bagi sesebuah blog kerana ia menunjukkan kekuatan sesebuah blog dialam maya.
Ingin mendapat hadiah bernilai RM300 jadi utarakanlah pendapat anda di Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog? Mungkin pendapat anda dapat membantu blogger-blogger di sekeliling kita, berkongsi ilmu. Sesekali memberi lebih baik dari asyik menerima!
