Cuti seminggu. Balik kerja buka email. Terkujat. Asyik kena bahan je, sekali dulu kena bahan jugak kat sini. Kali ini bukan satu department sahaja yang tengok gambar-gambar over saya tetapi satu pejabat! Malu wehhh depa dok park dalam drive yang boleh syer satu pejabat (cepat-cepat saya cut semua gambar-gambar over saya dari officialcameraman). Depa semua dok berebut-rebut tengok gambar Majlis Raya 2013 anjuran tempat kerja sayalah (nantilah saya update entri walaupun dah basi).
Model Perempuan Melayu Ayu...Terakhir...cewahhhh...
Menggayakan Tudung Saji Melayu...Terakhir. Korang ada?
Bunga nan sekuntum di antara kumbang yang berterbangan, seekor lagi kumbang entah terbang ke mana. Dua ekor kumbang lagi dah terbang ke pejabat lain sebab dapat tawaran lagi best. Rasa diri begitu berharga bila bekerja dengan lelaki-lelaki sporting seperti mereka. Tak lokek ilmu, tak kering gusi melayan kerenah tapi dalam keadaan tertentu akan jadi bahan mereka dan dalam keadaan tertentu juga depa akan gunakan bunga nan sekuntum cukup-cukup sedangkan depa terima je. Apa pun saya tetap sangat enjoy kerja dengan depa. Tengs geng!
