Bila keadaan mendesak kita akan sentiasa memusatkan fikiran kita kepada perkara-perkara negatif. Fikiran seolah-olah menolak kemungkinan keputusan positif dalam setiap perkara. Bila penolakan berlaku makanya tidak akan ada sesuatu yang positif pun yang boleh kita terima pakai sebagai penenang hati.
Saya kerap berada di dalam keadaan seperti itu. Berfikiran negatif terhadap perkara yang berlaku di dalam hidup dan terus-menerus menolak pemikiran positif. Padahal kita tahu berfikiran positif akan sangat mempengaruhi emosi kita. Sekurang-kurangnya dengan berfikir positif emosi kita akan semakin sihat.
Jumaat ini moga kita semua akan sentiasa diberkati. Menjadi insan yang sentiasa positif dalam mengharungi kitaran hidup seharian. Terima setiap ujian secara positif kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita walaupun itu bukanlah kemahuan kita.
Salam istirehat buat semua. Johor dah start cuti Jumaat kah?
Saya akan menjadi sangat positif bila melihat orang yang saya sayang tersenyum gembira macam ini. Mereka ubat jiwa paling mujarab.
