Quantcast
Channel: Rider Sejati
Viewing all articles
Browse latest Browse all 567

Pembuli Jalan Raya

$
0
0

Sejak mula memandu 6 tahun lepas berbagai pengalaman saya lalui sebab kebanyakan masa saya memandu adalah tanpa suami hanya anak-anak atau adik. Pemanduan jarak dekat mahu pun jarak jauh saya sudah terbiasa. Berulang dari Kajang ke Perlis berkali-kali setahun, saya lali dengan perjalanan di lebuhraya sepanjang lebih 500km. Suami yakin dengan saya jadi secara automatik keyakinan itu meresap ke dalam jiwa saya. Sebulan selepas saya mendapat lesen memandu dan mendapat kunci kereta juga suami izinkan saya memandu balik ke Perlis bersama anak-anak. Sebab kepercayaan dia saya percaya pada diri sendiri yang saya boleh buat.


Balik dari kampung menuju ke Kajang pada cuti Awal Muharram lalu saya terasa sedikit stress, mungkin sebab keletihan menguruskan kenduri. Pada hari tersebut juga kereta agak banyak di lebuhraya dan jalan sangat sesak sebelum Terowong Menora kerana lori rosak di dalam terowong, selalu sangat rasanya lori rosak di situ. Bayangkan dalam keadaan trafik yang meningkat punyalah jauh dia punya jem!


Selepas Gopeng jalan kembali seperti biasa tetapi nasib saya agak tidak baik bila 'dimain-mainkan' oleh pembuli jalan raya. Memandu dengan agak selamba dilorong paling kanan. Saya mengikut rapat dari belakang dengan harapan dia akan mengubah laluan tetapi hampa. Beberapa kali saya menaikkan lampu juga tidak di layan. Saya kemudian menukar ke lane kiri dan cuba memotong dan dia tak semena-mena jugak melajukan kenderaan dan saya terpaksa menekan break sebab tidak sempat masuk ke lorong kanan semula.  Beberapa kali dia mempermainkan saya sebegitu. Mungkin dia melihat di dalam kereta adalah perempuan dan hanya bersama anak-anak kecil jadi dia boleh menang.


Bila kesabaran saya semakin menipis dan akal di kuasai emosi macam-macam boleh jadi. Saya mengikut dari belakang dengan mengagak jarak kenderaan di lane kiri agak jauh saya terus keluar dan masuk dengan cepat di hadapan kereta tersebut yang membuatkan dia terpaksa break mengejut! Saya bukanlah kejam sebab dah tengok juga kereta di belakang masih jauh sebab tu berani buat.


Ikutlah pertimbangan akal bila memandu. Jalan raya bukan milik kita. Kalau nak makan angin duduklah lane yang sepatutnya jangan menyusahkan orang belakang. Kelajuan di lebuhraya 110km/jam kalau pemandu lain ingin memandu lebih laju beri sahaja laluan sebab mereka yang akan menanggung akibatnya bukan kita. Jadi bertolak ansurlah.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 567

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.