Hilang sudah setiap gurau sendanya, pengubat dikala hati sedang berduka. Tiada lagi usikan-usikan yang sentiasa menghangatkan hari-hari saya. Pergi juga seorang penasihat yang sentiasa adil dalam memberi pendapat. Paling penting saya kehilangan seorang guru yang bagus dalam membina kerjaya saya.
Seorang sahabat yang sangat tahu meletakkan diri dalam hubungan sesama rakan dan saya senang bersahabat dengan dia. Mengenali dia lebih mengajar saya untuk menjadi muslimah cemerlang dunia dan akhirat. Mendapat seorang sahabat yang baik seperti dia terasa satu kehilangan yang besar bila tidak bersamanya lagi.
Selamat berjuang di tempat baru, perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat kita. Moga satu hari kita akan berjodoh untuk berkerja bersama lagi. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini. Juga nasihat-nasihat demi mengharungi hidup yang mungkin masih panjang.
Lepas balik dari Doha terus sahaja hantar surat perletakkan jawatan. Sebagai kenang-kenangan dari Doha saya dapat FM dan pashmina. Ingat juga dia kat kakak ni!
Pesanan buat Dak Jujie - kalau jumpa dia tegur-tegurlah ya tapi awas jangan tergoda...ahahhaaa...
