Malaysia umpama lubuk rezeki yang membawa kekayaan buat mereka dan keturunan mereka di tanah air masing-masing. Kerja tanpa menghiraukan waktu rehat selagi dapat mengumpulkan kekayaan yang bakal di bawa balik tanpa peduli sekeliling. Sikap itulah yang membuatkan majikan tempatan lebih berminat untuk menggaji pekerja asing sama ada secara sah atau tidak.
Semalam saya menulis warga Pakistan yang mendominasi Jalan TAR tak kurang hebat juga di Pasar Borong Selangor yang menjadi tumpuan rakyat tempatan mencari barangan basah mahu pun kering. Menjejakkan kaki ke sana seolah-olah kita berada di luar negara! Penjual ikan kebanyakannya warga asing tidak pasti Nepal atau Myanmar rasanya gabungan keduanya. Kadang-kadang mulut merah menyala dengan warna sirih dan tanpa memikirkan kebersihan mereka ludah di merata tempat.
Kurang pasti samaada mereka pekerja atau sememangnya memiliki perniagaan tersebut. Kebanyakan lot tertulis nama tuan punya yang langsung tidak sama parasnya dengan penjual! Peniaga Melayu yang masih bertahan di Pasar Borong Selangor hanyalah peniaga ayam, daging dan sebahagiannya penjual sayur. Hanya satu dua gerai ikan merupakan rakyat tempatan.
Pernah membeli ikan di satu gerai bila kita mula tawar menawar penjual warga asing ini mula meninggikan suara. "Kalau nak Rm7 ambik free lah" dengan kasar dan kurang ajar. Saya perempuan tetapi ini tanah air saya! Terus saya jawap dengan nada tinggi jugak. "You nak bagi free ke? You jangan kurang ajar. You hanya menumpang dan merempat di tanah air saya!" Orang sebelah menyebelah pandang saya semacam. Kenapa mesti takut dibumi sendiri? Saya tahu ada kes pergaduhan yang berlaku tidak lama dulu yang melibatkan pekerja di pasar borong dengan pembeli sehingga melibatkan kes polis tetapi mereka tetap mendominasi kawasan tersebut.
Sekali lagi pihak majlis seolah pejam mata dan merestui apa yang berlaku di Pasar Borong Selangor. Hak rakyat tempatan diketepikan, undang-undang pulak dipermainkan. Percaya atau tidak kebanyakan pekerja di situ adalah PATI! Saya sangat pasti.
