Kecik dan menggiurkan....ahahhaaa... Derhaka kat cikgu weyyyy...ahahaaaa... Nampak kecik tapi suara dia punyalah kuat, garang pulak tu. Senyap je anak murid dalam kelas takut kena tembak. Adat cikgu dengan anak murid garang baru cepat dapat kalau baik sangat nanti anak murid pijak kepala tambahan pulak ada anak murid yang lagi tua dari cikgu.
Alhamdulillah saya selesai menghadiri Kelas Talam Bahagian 1 di Chef Asma Culinary Studio pada hari Sabtu 15hb Febuari. Saya menghadiri kelas untuk menambah ilmu di samping itu dapat juga menambah kenalan. Saya dapat kawan-kawan sekelas yang sangat sporting dan baik-baik belaka. Insyaallah ukhwah yang ada tetap akan berpanjangan. Siapa tahu suatu hari kelak saya akan jadi taukeh kuih talam.
Kelas Talam Chef Asma adalah secara 'hands on' diajar dari menimbang barang, membancuh, teknik memasak, teknik menuang, mengukus, memotong sehinggalah teknik membungkus. Chef Asma juga tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan dia. Chef yang hebat sebab pernah bertugas di Istana Nurul Iman.
Saya pergi belajar di sinilah. Nak ilmu mesti kena ada pengorbanan tak kira duit mahupun masa.
Bukti saya bertungkus lumus belajar memasak kuih talam di sana, bukti juga ia adalah kelas hands on. Jadi jangan risau semua orang akan ada peluang untuk main masak-masak.
Kak Habsah beria-ia ajak saya pergi kelas talam sebab dah ada geng umpama orang mengantuk di surungkan bantallah saya. Minat dah lama tapi sorang-sorang nak pergi saya segan.
Kelas sedang berjalan, yang comey tulah Chef Asma. Kecik-kecik cili padi tapi menyengat! Hebat suara dan tangan sama-sama jalan. Hari tersebut chef siapkan 24 dulang kuih talam.
Teman sekelas. Shahrizan bertudung pink baju oren lupa pulaklah namanya dia mai jauh dari Aloq Staq semata-mata nak tuntut ilmu.
Chef Asma ajar memotong kuih talam. Semua gigih mendengar penjelasan dari chef.
Hasil penat lelah saya dan kawan-kawan bersama chef dapat bawak balik sekotak kuih talam...yeyyyy...
Chef Asma Culinary Studio bukan sahaja menyediakan kelas-kelas masakan yang best tetapi juga ada menjual pelbagai barang dan peralatan memasak. Saya dah berkenan dengan Trio Steamer yang di jual lebih murah dari harga pasaran selain itu ada juga pengukus khas yang di bawa masuk dari Indonesia. Target saya ada dua Trio Steamer dan Oven Trio. Jangan risau bila pergi kelas chef akan kenalkan satu-persatu barang dan boleh sahaja beli di sana jugak.
Insyaallah masa akan datang saya akan sertai lagi kelas-kelas Chef Asma. Ada 2-3 kelas yang menjadi target saya sepanjang tahun ini moga-moga murahlah rezeki saya untuk ikuti kelas chef nanti. Selain cari ilmu memasak manalah tahu tiba-tiba saya ingin berubah angin dari tekan-tekan keyboard kepada uli-uli tepung pulak.
Entri ini saya kongsi dengan izin dari Chef Asma.
