Jiran sebelah seorang setiausaha (sebelah partition) hulur benda ni lepas balik lunch tadi. Happy sesangat yang kenyang tiba-tiba jadi lapar balik. Saya penggila kek jadi dalam kenyang-kenyang tu saya buka dan ngap-ngap sambil terpejam-pejam mata. Sangat sesuai bagi yang tidak mengemari rasa cheese yang masam sebab dia buat cheese tu rasa light sahaja. Keknya pula tidak terlalu manis dan sangat lembut juga. Terasa keenakkan dimulut dan ditekak.
Sudah cedok dengan sudu baru teringat nak ambil gambar.
Teringin nak oder? Ini hanya tester kalau yang betul-betul kek tu penuh sedikit dan menggunakan cup yang penuntup bulat. Nak buat buah tangan untuk majlis harijadi atau apa-apa majlis pun boleh. Nak buat makan-makan kat rumah pun boleh.
Boleh email sayajuna_ai@yahoo.com dan saya akan panjang email untuk kawan saya ini. Memberi sokongan kepada kawan yang ingin memulakan perniagaan sebenarnya.
