Quantcast
Channel: Rider Sejati
Viewing all articles
Browse latest Browse all 567

Sehati Sejiwa Dataran Merdeka 2015

$
0
0

Acara yang menjadi tumpuan pada bulan Ogos tentulah sambutan Hari Kemerdekaan pada 31hb Ogos 2015 di Dataran Merdeka bertemakan Sehati Sejiwa yang di sambut dengan meriah dan penuh semangat patriotik. Tahun ini kami sekeluarga masih memilih untuk bersama ribuan rakyat Malaysia merasai hangatnya semangat patriotik yang menjalar disetiap urat darah yang ada. Inilah sumbangan kecil saya buat negara, menididk anak-anak untuk cintakan negara serta menyemai jiwa patriotik dalam diri mereka.  Panas dan sesak bukan halangannya.



Tahun ini Mama, Abang, Kakak dan Adik bersepakat untuk naik komuter awal pagi ke Dataran Merdeka, turun di Stesyen Kuala Lumpur dan berjalan kaki ke arah Dataran Merdeka. Semasa sampai perarakan sudah dimulakan namun kami masih berkesempatan merasai momen-momen keterujaan di dalam setiap perbarisan dari pelbagai agensi yang mengambil bahagian. Mereka kelihatan cantik, segak, bergaya, gagah, berani serta tampan dalam seragam masing-masing. Langkah mereka adalah langkah pewira sejati!



Memulakan pagi di Stesyen Komuter Kajang dengan penuh bersemangat. Tahun lepas hanya bertiga tetapi tahun ini Abang setuju untuk ikut sekali.










Peserta yang mengambil bahagian di dalam perarakan Hari Kebangsaan, ini hanya sebahagian sahaja. Rasa seperti nak menyelit sahaja bersama dalam perbarisan.





Tetap nak juga bergaya dengan Jalur Gemilang















Warna-warni Jalur Gemilang di Dataran Merdeka. Bukti masih ramai yang cintakan negara.





Tengok di udara!!! Bergegaq jantung. Tahun ini saya hanya menikmati lintas hormat Sukhoi30MKM dengan penuh keterujaan tanpa keinginan merakam gambar kerana saya ingin menikmati momen setahun sekali itu dengan penuh nikmat.





Anak-anak sempat megambil gambar dengan Ally Iskandar yang sdang bersiaran langsung di Dataran Merdeka pada hari tersebut. Dia pakai kasut merah habaq hanggg!!!

Tamat sahaja acara di Dataran Merdeka kami bergerak ke Pasar Seni, berjalan sambil mengutip kenangan yang terlalu banyak di situ. Bawa anak-anak melihat hasil seni yang banyak dipamerkan di Pasar Seni sambil makan-makan menghilangkan lelah. Membawa empat bendera yang diselit pada beg sandang menarik perhatian dua pelancong asing yang bertanya di mana hendak beli Jalur Gemilang . Saya dengan senang hati hadiahkan satu sebagai cenderahati kepada mereka. Kegembiraan berterusan.
  
Selagi anak-anak masih berminat untuk terus menyertai acara ini setiap tahun nampak gayanya acara ini akan di masukkan di dalam kalender aktiviti wajib kami sekeluarga. Selain meraikan Hari Kebangsaan yang penuh warna-warni saya berharap sedikit sebanyak dapat mendidik anak-anak untuk cintakan Negara, menjadi rakyat yang berbakti. Moga mereka tidak akan lupa perjuangan mereka yang menuntut kemerdekaan. Tiada dahulu tiada sekarang.

Sehati Sejiwa!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 567

Trending Articles


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE