Sebut hot dogs pasti kita terbayang-bayang keenakan daging berbentk bulat panjang dikepit roti, sayur-sayuran bersama sos, mayonis mahu pun cheese yang menggoda keinginan dan bakal merosakkan diet dihidangkan bersama kentang dan minuman ringan. Lazat tetapi dalam masa yang sama penuh berkhasiat. Juga menjadi kegemaran anak-anak.
Kepada penggemar-penggemar hot dog banyak pilihan restoran yang menghidangkan menu ini, sekiranya ada masa bolehlah berkunjung ke restoran-restoran ini namun pastikan pilihan tepat di buat kerana ada restoran yang menghidangkan hotdog tidak halal. Restoran-restoran ini mempunyai pilihan `Hot Dogs Best In Town’ cuma perlu pastikan halal atau tidak sahaja bagi pengguna Muslim.
Tergoda? Manakan tidak cara hidangan yang betul-betul membuatkan perut cepat rasa lapar. Sesekali mengubah selera dari makanan rutin pasti akan lebih mengujakan. Mungkin juga menjadi pilihan ketika hujung minggu membawa anak-anak bersantai setelah penat belajar, menghabiskan masa berkualiti bersama mereka.
