Quantcast
Channel: Rider Sejati
Viewing all articles
Browse latest Browse all 567

Brownies Sedap di Sembang Brownies

$
0
0
Abuain Kitchen kisah perjalanan sebuah pengorbanan masa serta keringat kerana minat namun kejayaan akan tetap bersama bagi mereka yang berusaha. Kami saling mengenali di dunia blog bertegur sapa beramah mesra di alam maya. Lahir sahaja `Abuain Kitchen’ saya dan kawan-kawan blogger lain mendapat jemputan khas dari Khairul Hakimin pemilik Abu Ain Kitchen untuk meraikan pembukaan dan majlis bersama Chef Adu Amran.



13hb Sept 2015 sekali lagi saya mendapat jemputan ke Abu Ain Kitchen untuk menghadiri kelas Sembang Brownies. Peserta diajar membuat Peanut Butter Brownies dan Chocolate FudgyBrownies secara demo dan di sulami dengan sembang-sembang mengenai bisness brownies bersama Chef Khairul Hakimin. Beliau bukan sahaja mengajar membuat brownies yang sedap tetapi beliau juga tidak lokek memberi tip-tip dari pemilihan barang, harga barang sehinggalah tip untuk membuat brownies supaya ‘menjadi’ dengan baik. Semua soalan peserta akan akan dijawab dengan penuh tertib.





Kelas bermula chef lelaki yang mengikuti kelas majoriti perempuan hanya seorang peserta lelaki. Chef Abang Kacak!



Chef gigih mengajar dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang ingin melihat lebih dekat teksture bancuhan brownies. Masing-masing memberi tumpuan.



Alhamdulillah. Hasil kelas pada hari tersebut `menjadi' dengan baik. Pagi sebelum memulakan kelas kami turut dihidangkan dengan brownies yang sama kami pelajari pada hari tersebut.



Peserta pada hari tersebut bergambar kenangan beramai-ramai, ada yang datang jauh dari Kelantan semata-mata untuk menghadiri kelas ini. Terselit dibelakang seorang peserta lelaki.




 Blogger jemputan. Saya (bebaju ungu), Ayu, Chef Abang Kacak, Kak ida Mahmod, Bunga Mawar, Atie radzuan dan Elly Nadra yang singgah menjengah kawan-kawan yang baru sahaja habis kelas.


Syukur alhamdulillah. Kelas berlangsung dengan baik, brownies juga menjadi dengan baik. Hubungan ukhwah sesama kami juga terus bertaut erat. Pelajaran hari ini semoga menjadi bekalan buat kami semua, siapa tahu dari buat hanya untuk makan-makan keluarga mungkin suatu hari boleh dikembangkan untuk menambah pendapatan keluarga. Ada juga diantara peserta yang sememangnya telah mempunyai perniagaan makanan sendiri.


Terima kasih kepada pemilik Abuain Kitchen iaitu Chef Khairul Hakimin yang menjemput blogger untuk turut menyertai kelas pada hari tersebut. Setiap dari kita mempunyai cara tersendiri untuk berjihad dan bagi saya inilah jihad beliau dalammembekalkan produk halal dan  membantu ekonomi orang Islam dengan menjadi pembekal makanan halal melalui tempahan dan mengadakan kelas-kelas masakan yang membantu orang lain menjana pendapatan juga dan seterusnya membantu mengembangkan pembangunan ekonomi umat Islam.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 567

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.