Pemandangan di Kuala Lumpur pada 24 June di entriJerebu Di Kuala Lumpur.
Masih dari tingkap yang sama pada 27 June 5.15pm. Cerah. Mentari bersinar garang. Tiada lagi kabus putih tidak sihat menyelubungi alam. Terima kasih Allah kerana memberi kami nikmat ini sekali lagi. Ujian dari Mu Ilahi kami tempuh dengan redha.
Pesanan buat kawan saya. Dr. Singa sila jangan cemburu dengan view ini. Bila saya mula sibuk bekerja di hari Sabtu saya akan undang awak ke sini. 2 menara yang awak suka nampak jelas dari sini. Boleh menembak di mana-mana tingkat yang awak suka. Pilih sahaja dari 7 sehingga 25.
