Meluangkan amsa bersama anak-anak di Paya Indah Wetland.
Sebagai ibu yang bekerja pastinya kita mempunyai masa yang sangat terhad dalam melayan anak-anak. Seawal 5am kita telah bangun tidur kemudian sibuk di dapur memasak untuk sarapan mahupun makan tengahari untuk anak-anak sebelum kita keluar bekerja. Sesibuk mana pun sebagai seorang ibu tanggungjawab masih perlu dilaksanakan sebaik mungkin. 7am kita mula keluar rumah menghantar anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Masa kita menjadi terlalu terhad lalu kita harus mencari masa yang sesuai untk menghabiskan masa bersama anak-anak.
Makan-makan di Shushi King, Avanue K.
Balik kerja sekitar 6pm sampai ke rumah atau mungkin lebih, kita sekali lagi sibuk dengan urusan di rumah, memasak makan malam, mencuci baju dan mengemas yang mana patut sebelum makan malam yang kebiasaannya selepas solat magrib. Usai makan anak-anak akan mula sibuk dengan buku membuat kerja rumah mahupun sekadar mengulangkaji pelajaran. Masa inilah antara masa-masa berharga untuk kita menghabiskan masa bersama anak-anak dengan berkualiti, walaupun nampak masa yang terhad namun itulah antara masa-masa berharga buat mereka.
Menghabiskan masa cuti bersama anak-anak di Taman Wetland Putrajaya.
Hujung minggu adalah masa yang dinantikan seisi keluarga selain dapat berehat, masak mengikut selera keluarga dengan lebih sempurna saya akan memilih untuk meluangkan masa yang lebih untuk anak-anak. Antara aktiviti yang menjadi pilihan beriadah di taman-taman sekitar Putrajaya, berjoging atau keluar makan-makan walaupun hanya sekadar hanya `mencendol’. Sekiranya ada movie menarik di panggung wayang yang bersesuaian untuk aktiviti keluarga sesekali kami juga akan menonton wayang bersama. Mungkin ibu-ibu boleh mencuba idea ini `5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool &Trendy Di Dunia!’.
Bercuti ke Kelantan.
Masa anak-anak bersama ibu-bapa adalah sangat singkat, selepas persekolah dan mula ke kolej mereka akan mula keluar dari rumah dan berdikari. Kemudian memulakan alam pekerjaan sehinggalah mereka berkahwin dan membina hidup sendiri. Selagi anak-anak kecil masih bersama kita luangkanlah waktu bersama mereka semaksima mungkin agar ikatan kasih sayang utuh. Kekangan masa bukan alasan untuk membina keluarga bahagia kerana kita yang mengurus masa bukan sebaliknya. Suatu hari bila termenung sendiri memandang ruang rumah yang mula sunyi kita akan mula terbayang saat anak-anak berlari di dalam rumah penuh riauh rendah, tika mereka makan dan bergaduh di meja makan, ketika anak-anak leka menonton teleivisyen yang pasti kita bakal merindui setiap detik itu.
