Penyewa sudah memberi notis sebulan untuk pindah keluar jadi dalam masa terdekat ini rumah akan kembali kosong. Hampir tiga tahun penyewa ini duduk tanpa maslah besar dan berpindah keluar sebab rumah sendiri di Semenyih 2 telah siap. Hajat di hati nak sahaja pindah masuk almaklumlah rumah teres lebih selesa dengan anak yang semakin membesar, anak-anak pun akan dapat seorang satu bilik berbanding sekarang terpaksa bilang anak tangga ke tingkat dua dan anak-anak terpaksa berkongsi bilik. Nanti bolehlah hiaskan rumah ikut kehendak hati dah lama teringin nak ada taman kecil di depan rumah.
Bila di fikirkan pro dan kontranya pula rasa sayang nak tinggalkan rumah yang di duduki sekarang, walaupun rumah kecil tetapi banyak kelebihannya. Jiran-jiran yang sangat baik serta sentiasa mengambil berat dan tolong menolong ketika kita di dalam kesusahan. Masa anak-anak masih sekolah rendah boleh sahaja minta tolong jiran tengok-tengokkan mereka di rumah semasa kita keluar bekerja. Sekolah kebangsaan, sekolah menengah hanya sebelah menyebelah boleh berjalan kaki sahaja. Kedai runcit, pasaraya, dobi pun dekat, Klinik 1Malaysia pun ada. Pulak tu dekat sangat dengan Pekan Kajang dan ada kemudahan bas.
Warna kuning antara warna kegemaran tetapi untuk kabinet dapur mungkin tidak.
Masa dibeli dulu rumah ini telah siap dengan cabinet dapur berwarna coklat, walaupun ini bukan warna kegemaran saya biarkan sahaja sebab keadaannya masih baik dan rumah tersebut memang nak disewakan sementara waktu. Bagi saya dapur adalah tempat yang sangat penting selain ruang tamu dan bilik tidur. Bila dapur cantik keinginan untuk berada di dapur sangat tinggi dan mood untuk memasak pun pasti berbunga-bunga. Jadi bila berpindah masuk perkara utama yang saya ambil kira adalah untuk mengubahsuai dapur. Saya menginginkan ciri-ciri dapur moden yang tampak simple tetapi amat praktikal.
Saya mencari idea-idea segar dari beberapa pasaraya terkemuka di Malaysia yang membekalkan cabinet dapur, ingin mengolah sendiri kabinet dapur mengikut kehendak serta kemampuan sendiri serta haruslah bersesuaian dengan bajet. Banyak laman web yang boleh membantu untuk mendapatkan dapur idaman yang penting perlu sedikit kerja keras dan luangkan masa yang lebih untuk memenuhi kehendak hati. Bila semua dilakukan sendiri ini akan memberi lebih kepuasan. Saya juga merujuk ke `4 Steps To Create The Kitchen Of Your Dreams. It’s As Simple As ABC’bagi merealisasikan impian dapur terbaik untuk kami sekeluarga.
Warna merah yang garang dan pink yang menarik sangat memikat mata. Gambar rujuk di sini.
Beli rumah sudah mengeluarkan modal yang besar, nak pindah rumah pula terpaksa fikirkan apa yang nak diisi ke dalam rumah pula. Nak selesa kenalah berkorban sebab di situlah banyak masa yang akan dihabiskan, mungkin hanya sekali itu sahaja kita membeli barang-barang mahupun membuat perubahan di dalam rumah mengikut selera kita. Menghasilkan sentuhan-sentuhan magic yang boleh membuatkan hati kita tenang setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah.
