Jumaat.
Seperti biasa saya kerja separuh hari, pukul 12 saya balik.
Hari ini saya tak balik rumah. Hari ni saya nak pi berderau di Gombak (gotong royong untuk kenduri) di rumah seorang kawan. Kawan maya mulanya. Kini umpama keluarga sendiri. Dia kawinkan anak. Anak sulung. Kenduri sulung jugak.
Ada menu istimewa selain lauk katering yg ditempah. Gulai daging bersama rebung madu menu dari Perlis (bawak tukang masak dari sana). Gulai tempoyak ikan patin menu Perak (isteri tuan rumah masa sendiri, memang tukang masak pun).
Pagi tadi lembu yg dikorbankan khabarnya sudah sampai. Rebung siap di gubah bersama tukang masak juga sudah sampai. Sedang mengerjakan lembu nan seekor. Juga patin yang beratus ekor. Bertabahlah.
Ada anak Perliskah antara pengunjung blog ini? Sekiranya anda, isteri anda atau girlfriend/boyfriend anda berasal dari Perlis apa kata singgah ke facebook group Republik Of Anak Perlis atau group Kangar Dalam Kenangan (KDK). Kat sana ada undangan khas untuk orang-orang Perlis. Kalau sudi 'jom kita pi makan kenduri'.
