Pastinya ramai penggemar beriani samaada beriani gam Johor mahupun beriani di kedai mamak yang bagi saya memang ada sedikit perbezaan cara memasak mahupun dari segi rasanya. Beriani Batu Pahat tentulah menjadi pilihan penggemar beriani gam. Sekiranya di Kuala Lumpur saya paling suka beriani kambing Zam-Zam Restoran dan beriani gam Restoran Ruz Alladin di Ampang. Bagi selera saya itu pun dah cukup sedap, kena dengan standard tekak. Mungkin ada lagi ditempat lain yang lebih sedap yang belum pernah saya cuba.
Saya ingin berkongsi satu artikel yang mungkin boleh dijadikan panduan buat penggemar-penggemar nasi beriani untuk mencuba sesuatu yang baru. 10 Best Restaurants For Briyani In Klang Valley. Sebelum ini mungkin kita tidak tahu yang restoran-restoran ini menghidangkan nasi beriani yang tip-top kesedapannya jadi dengan perkongsian ini kita boleh mencuba mengubah selera di restoran baru.
Saya bukan seorang pemakan yang sanggup bekejar ke sana-sini semata-mata untuk mencuba makanan sesebuah restoran namun sekiranya ada ruang dan kebetulan berada disekitar kawasan tersebut saya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba. Sekiranya terbukti kesedapannya adalah sangat berbaloi saya mengambil risiko untuk singgah dan makan di situ. Keluarga kami sangat typical dalam soal makan, biasanya kami akan memilih restoran yang sama sahaja untuk makan bila sudah serasi namun sesekali perlu juga mengubah selera.
