Kat pejabat ini kami ada satu group Whatsapp yang tajuknya 'When womentalk...hanbag, shoes, dress, food... Nama group yang tak boleh dipisahkan dengan aktiviti kaum wanita. Group ini asalnya untuk oder tudung Neloofar kemudian berkembang ke lain-lain jenama tudung dari semurah Rm10 sehingga beratus, berkembang lagi ke makanan, kasut, handbeg dan sebagainya tetapi setakat kawan-kawan pejabat sahajalah.
Bila seorang mula upload gambar kemudian akan ada yang start oder kemudian seorang demi sorang ikut serta. Maka untung lah vendor perniagaan tersebut dengan wujudnya group Whatsapp seperti kami ini. Alasan paling teguh kami semua bila bershopping 'jihad ekonomi muslim' sebab semua barangan yang kami beli adalah dari barang-barang kepunyaan orang Islam.
Shopping juga mampu meredakan stress bagi kaum wanita, dari bila balik rumah berleter tak henti baiklah redakan stress kat tempat lain. Ekonomi agak lembab sekarang gaji tetap sebegitu mungkin juga ada yang terpaksa dipotong sehingga 10% tetapi keinginan bershopping tetap kuat jadi mari kita sama-sama amalkan tip ini "6 Tips Jimat Cermat Paling Bijak ".
Tip yang cukup bagus untuk menampung perbelanjaan shopping bulanan, lepas berjimat boleh lah guna duit itu untuk shopping tanpa mengganggu duit bahagian simpanan. Jadilah seorang yang bijak.
