Pelik seminggu dua ini ada satu email dari RHB Bank masuk. Seminggu dua-tiga kali jugak la. Malas nak layan sebenarnya. Sebabnya saya tak pernah gunakan service RHB Now. Akaun simpanan dengan RHB pun dah lama berkubur kot. Akaun pinjaman kereta pulak dah habis dilangsaikan akhir tahun lepas. Tak ada kena mengena sebab tulah malas nak layan.
Saya gatal tangan klik pagi ni. Saja nak tengok ke mana akan di bawa. Cer tengok dalam gambar kat bawah. Saya di bawa melawat ke sanalah tapi tak ada gunanya pun kerana saya tidak pernah menggunakan perkhidmatan online banking dengan RHB.
Saya tak tahu sama ada benda ini benar ataupun tak. Sekarang nikan macam-macam scam ada. Semua nak cari duit mudah. Tak payah kerja teruk-teruk guna kudrat mahupun guna otak. Guna otak penipu ja boleh kaya raya. Pandaikan depa create semua tu.
Sebelum ni saya dah 'terkena'. Credit card scam. Nasib baik saya tersedar cepat, dan-dan tu call bank minta batalkan kad. Kalau tak sesia saya bayar 8k tapi orang lain guna!
