Cerita Jumaat lepas. Saya pergi tolong seorang kawan yang akan menerima menantu pertama di Gombak. Kawan maya yang akhirnya kami jadi seperti sebuah keluarga besar. Bermula di laman sesawang AnakPerlis.com. Silaturrahim yang terjalin terus berpanjangan hendaknya. Doktor Dinon Mohammad dan Puan Khairiah (Kak E) yang sentiasa memberi ruang di rumah mereka untuk acara-acara AnakPerlis.com. Di Facebook pula group kini lebih dikenali dengan Republic Of Anak Perlis. Masih di terajui oleh admin muka lama AnakPerlis.com cuma saya sahaja yang tak aktif.
Balik ke cerita asal. Pukul 12 tengahari saya keluar kerja, rutinnya begitu kerana syarikat tempat saya berkerja sememangnya kerja separuh hari setiap Jumaat. Sila jangan jealous. Pak Tuan jemput dan hantar ke Gombak Jaya. Rumah nampak sunyi tetapi khemah telah siap dipasang. Rupanya masing-masing sibuk di dalam rumah menyiapkan goodies dan di tepi rumah pula sibuk memasak sup gearbox. Perkara pertama yang di buat tentulah makan tengahari yang memang telah siap terhidang.
Tak banyak kerja yang tinggal. Lembu sudah siap di sembelih dari Bota, Perak. Tulang-tulang serta sedikit daging segar dibawa ke Gombak paginya. Telah siap disiang untuk digulai bersama rebung. Tulang yang besar pulak sedang mendidih di atas dapur. Habuan kami petang sehingga ke malam makan sup gearbox lah. Daging pula dimasak rendang tok juga di bawa khas dari Bota, sebahagian dibuat daging masak hitam oleh pihak katering.
Petang itu kaum lelaki sibuk menyiang 200 ekor ikan patin untuk masak Gulai Tempoyak Ikan Patin. Satu kumpulan dibawa khas dari Perlis untuk memasak Gulai Rebung Bersama Tulang dan Kerabu Taugeh Bersama Mangga. Petang tu rempah di masak bersama tulang sehingga empuk, rebung dan santan dimasukkan keesokan harinya. Kami yang datang menyibuk hanya tolong benda kecil-kecil sahaja. Merebus telur untuk bunga pahar, membasuh 10 ekor ayam untuk ayam panggang raja (hidangan meja pengantin), parut cincau untu ABC keesokannya, uruskan cili, bawang dan sebagainya. Paling best masa nilah dapat borak sakan-sakan dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa. Geng AnakPerlis yang ada sebelah petang Aina, Kirah, Kak Marina (mamanana) dan QaiRie. Malamnya Pak Didik, Kak Azie, Zul (Ladang Tebu-unikkan nick name dia), Putra aka Fadzly, Papaprince dan Md Zakie serta isteri. Eh ada ke yang saya tertinggal. Geng Kangar Dalam Kenangan (KDK) pun ada tetapi saya tak aktif kat wall depa, jadi saya tak kenal sangat depa.

Mukadimahnya inilah tuan rumah Doktor Dinon Mohamad. Letih no nak terima menantu, macam-macam kena pikiaq. Sedih pun ada jugak nak lepaskan anak perempuan almaklumlah. Depa dah biasa buat katering jadinya soal menu, resepi dan berkaitan tu tak menjadi masalah besar. Belakang tu yang berjanggut putih adalah Pak Din tukang masak sup gearbox.
Kalau dah majlis rumah sendiri makan-makan saudara serta kawan-kawan di oder dari katering sahaja. Banyak benda lain perlu di selesaikan. Inilah menu tenghari kami. Nasi putih, ayam goreng berempah, kupang goreng cili, gulai lemak nangka ikan masin, ulam, sambal belacan dan buah betik. Air kopi'o', teh tarik dan sirap.
Ini kesedapan melampau. Kecik-kecik dan comel-comel sahaja lepat pisangnya. Memang rajinlah dok kelebek lepat secomel ini. Lepat tajaan kakak tuan rumah. Dia memang orang berniaga.
Baunya harum semerbak, mencuit selera. Resepi khas rempah ratus campuran Pak Din yang kemudian di blender, ditumis dan dimasukkan tulang dan dibiarkan kering airnya barulah di masukkan air. Di biar mendidih sehingga 4 jam. Memang terbaikkk... Makan dengan bihun kaler kuning apa nak kata!
Orang Perlis tengah pesiang ikan patin, yang duduk abang sulung Doktor Dinon. Jenuh depa dok pesiang pasai ada dua tong besar ikan patin buah di datangkan khas dari Pekan, Pahang. Separuh ja siap pasainya depa letih bertolak malam dari Perlis dan sampai awal pagi. Geng AnakPerlis sambung pesiang malamnya, depa masak kuah gulai tempoyak sekali dan pagi esoknya masuk ikan dan timun.
Patin Buah dari Pahang. Bakal menjadi korban.
Tukang masak khas dari Perlis yang masak gulai rebung, diserah sepenuhnya kat depa. Tukang kucai tu QaiRie geng AnakPerlis.com yang bila ada aktiviti ja mesti ada.
Menu malam di masak oleh Pak Didik/Haji Kamarudin Rejab. Dia memang tukang masak hebat! Sedap tau Kambing Kabsah air tangan beliau. Saya tabik pada lelaki-lelaki yang pandai masak ni.
Pelengkap hidangan. Karima daging, dalca, salad dan sos lupa pulak apa nama sos hijau tu.
Petang bawak ke malam bergotong-royong di Gombak Jaya. Hampir pukul 10 malam kami balik. Tinggallah geng-geng yang baru sampai menguruskan selebihnya yang masih belum selesai. Kuala Lumpur agak sesak almaklumlah keesokkan harinya Kelantan bertemu JDT!