Yang di tunggu telah tiba. Apa tu jom kita tengok. Suka...suka...suka... Comey ja. Ini hasil kerja tangan blogger Anyss Gadis Kampung Separa Bandar. Al kisahnya saya tempah dalam keadaan tergesa-gesa serta dalam jumlah sedikit pulak tu nasib baik tuan punya badan boleh bertolak ansur. Alhamdulilah. Dah tertulis rezeki dapat Mini Tasbih ini.
Didatangkan dalam pek yang kemas seperti kat bawah. Terima kasih Anyss sanggup beli manik-manik baru semata-mata nak kenakan dengan tema pink biru tu walaupun saya tak kisah warna apa pun sebab saya tempah sikit sahaja. Itu pun dah bersyukur sangat sebab dia sanggup buat.
Sekotak dah sampai semalam, laju-laju lari naik Tingkat 18 nak tengok hasilnya. Memang berbunga-bunga hati saya nih. Insyaallah akan jadi cenderahati buat jiran-jiran dan kaum keluarga yang membantu dalam majlis 3hb November 2013 nanti. Teringin nak tempah jom klik kat sini.
