Junior berlari-lari masuk rumah sambil melompat girang,
Junior : Mama...! Mama...! Kok Meng kata sekarang tengah ada festival (Kok Meng adalah anak jiran depan rumah berbangsa Cina dan Junior pulak mesti ingatkan festival macam dalam kartun Dora The Explorer).
Mama : Festival apa?
Junior : Ala yang ada hantu-hantu tu.
Kok Meng : Bukan la acik, Amirul tipu (dia bersuara dari luar).
Mama : Kok Meng pesta tanglung ke?
Kok Meng : Main tanglung acik tapi festival kuih entah kuih apa (hahahaaa...ada ke pulak cam tu budak ni).
Mama : Oooo.. Festival kuih bulan (masa tu tiba-tiba teringat kat Nekcik yang dok cerita tentang kuih bulan pemberian seorang kawan di blognya)
Kuih bulan yang mempunyai pelbagai pilihan inti dan rasa. Cerita mengenai Pesta Kuih Bulan boleh di baca di blog idhamlim.com dan gambar ini juga di copy dari sana.
Perarakan tanglung yang cantik dengan pelbagai warna dan rupa akan di adakan pada malam perayaan Pesta Kuih Bulan. Pic credit here. Malam tadi budak-budak tumpang gembira main tanglung bersama Kok Meng, ada 2 tanglung macam kat atas tu berwarna merah dan oren.
Rupanya Junior dok koyak kertas buku banyak-banyak kononnya nak buat tanglung! Apalah anak ni, mama dulu buat benda tu dengan surat khabar lama ja. Buat bersegi kemudian bakar atas jalan depan rumah mak tok yang merupakan kawasan lapang almaklumlah sawah. Naik tinggi. Orang tua-tua tak bagi main sebabnya bila api di udara depa samakan dengan 'hantu tengelung'. Korang pernah dengar? Ceritanya hantu tu terbang bagai api di angkasa dengan perut terburai. Takutttt...larikkk... Sekarang dah ada lampu neon 'hantu tengelung' pun dah lari masuk hutan dia pulak yang takut. Budak-budak zaman sekarang dah tak pernah dengar cerira mitos sebegitu.
Malaysia terdiri pelbagai bangsa, begitu juga kaya dengan adat dan budaya bangsa masing-masing. Meraikan sambutan perayaan sesuatu kaum sebagai menghormati budaya mereka selagi tidak mengganggu aqidah dapat merapatkan silaturrahim sedia ada. Apa juga bangsa dan warna kulit kita tetap 1Malaysia yang hidup di dalam kepelbagaian budaya.
