Jumaat. Saya bailik pukul 12 tengahari tentunya. Yeyyyyyy...!!!!
Hari ni ada perlawanan badminton bagi department kami di Ampang Sports Planet. Perlawanan suka-suka sahaja dan saya terpaksa main. Gila kot! Berbelas tahun raket dan bulu ayam tu saya tak pernah pegang tiba-tiba hari ini kena main dan berlawan pulak tu. Haissshhh...memang lepas ni saya kena bahan teruk-teruklah.
Pukul angin akan jadi isu biasa bagi mak orang yang dah tak aktif ni. Main boling bolehlah baling je bola tu paling-paling pun masuk longkang. Ini dengan mata banyak dok menengoknya saya pula terlompat-lompat tengah court tu. Tapi saya selamat sebab kami ada 4 court jadi masing-masing akan sibuk dengan perlawanan mengikut group di tetapkan.
Sabtu dan Ahad bolehlah saya rehat sambil tinggikan kaki sebab yang pasti betis saya mesti kejang. Ada sapa-sapa nak jadi pom-pom girl. Jom!
