2hb Jan 2004 dia dilahirkan seawal selepas subuh. Kata orang tua sifat sejuk awal pagi akan mempengaruhi sikapnya. Sehingga sekarang yang pastinya dia sangat manja dan cepat merajuk almaklulah anak bongsu. 2014 pada tarikh yang sama mama bercuti jadi gigih memberi yang terbaik buat dia walaupun dia tidak meminta.
Hari pertama persekolahan yang sangat sibuk. Sibuk uruskan sekolah dan sibuk masak makan tengahari, sibuk juga tunggu anak-anak balik sekolah dan sibuk layan makan mereka berdua. Kakak masih bersekolah di kampung. Petang keluar ambil kek yang ditempah dan terus ke Ramal Junction ke Gerai Willy Satay. Masih awal jadinya orang tak ramai nombor tertera 028 manakala saya mendapat nombor 030. Kalau lewat sedikit alamat malam baru dapat apa yang dipesan.
Gigih tiup lilin. Sebagai mak sebolehnya saya ingin gembirakan hati anak. Saya tahu dia gembira dengan apa yang telah saya buat untuk dia.
Inilah keknya. Saya tempah black forest kek dengan topping fresh cream dan hiasan Ben10. Bila ambik kek tiba-tiba tengok dia tulis nama saya (saya tinggalkan nama dan no nombor telefon minta kedai call kalau dah siap). Haishhhh... Jadi letaklah nama Hikram kat sebelah sebab tak nak rosakkan kek.
Hidangan mudah dari mama buat Hikram. Satay dari Willy Satay, Nasi Goreng, Kek dan Air Sirap. Paling penting ingatan, kasih sayang dan doa buat dia.
Dak kecik Alya mana boleh kurang, setiap kali potong kek tak kira birthday siapa pun part potong kek untuk dia tetap kena ada.
Makan dengan bersungguh-sungguh. Hikram habiskan 2 potong kek dan request next birthday nak kek coklat pulak, jauhhh lagi tu dik.
Sambutan hanya dalam keluarga. Doa moga Syed Mohamad Hikram akan menjadi anak yang soleh. Akan sentiasa menyanyangi mama, abah, kakak, abang, umi, ayah dan adik Alya sentiasa. Masih belum membelikan apa-apa hadiah buat dia sebab sebelum birthday dia dah belikan tab untuk dia.
