Saya menerima pendidikan atas tajaan MARA di sini setelah menolak untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 atas alasan hendak membantu emak. Sekiranya saya menyambung ke Tingkatan 6 akan mengambil masa 2 tahun kemudian sambung lagi 4 tahun untuk peringkat ijazah, sangat panjang waktunya dan beban itu terpaksa emak yang tanggung. Kasihankan emak saya menolak untuk sambung belajar pada masa itu setelah memikirkan ada 3 adik lagi di bawah. Keputusan SPM Pangkat 1 dengan 18 agregate memang agak bagus di zaman saya.
Bila bapa saudara ambilkan borang IKM saya hanya menurut, mengisi borang dan berjalan kaki dari Taman Bukit Angkasa ke Pejabat Pos Pantai Bharu, Kuala Lumpur bersama sepupu yang berumur 7 tahun untuk pos borang. Masa itu saya bercuti di rumah emak saudara. Rezeki saya mungkin di panggil temuduga di Bangunan Mara Jalan Raja Laut. Pengalaman temuduga yang tak mungkin saya lupakan bila penemuduga menjerit 'tikus' serta mengangkat kaki ke atas kerus. Mana mungkin di dalam bilik mesyuarat ada tikus. Alhamdulillah saya terpilih. Kemudiannya saya di hantar ke Institut Kemahiran Mara, Besut, Terengganu yang merupakan salah satu kampus baru. Kumpulan kami merupakan pengambilan ke-empat, menghabiskan 3 semester di IKM dan satu semester latihan praktikal. Itulah kenangan 22 tahun yang lalu.
Cuti panjang bersempena Hari Pekerja dan Hari Wesak saya berpeluang untuk berjalan ke Kelantan bersama anak-anak, setelah 20 tahun tanah ini tidak ku jejaki terlalu banyak kenangan yang hendak di kutip. Hari ke dua berada di Pantai Melawi saya mengambil keputusan untuk terus ke Tok Bali yang hanya 10km jaraknya, setiba di Tok Bali hati terpanggil untuk meneruskan perjalan sehinga ke Alor Lintang. Menjejak cerita kisah suka duka 20 tahun yang lalu.

Saya minta izin dengan pengawal keselamatn untuk masuk ke kawasan IKM kebetulan ketika itu cuti panjang jadi di situ tiada berpenghuni. Kawan sekelas yang kembali mengajar di situ juga sedang berada di Kuala Terengganu, bukan rezeki kami untuk berjumpa. Sempatlah saya masuk pusing-pusing sambil berposing sekejap. Terubat rasa rindu. Terbayang seorang demi seorang teman-teman sekelas semasa di sini. Rindu hampa oiiii...
Gambar kenangan konvo.