Puasa lebih kurang 3 minggu lagi dah dekat sangat tapi bagi kaum ibu telah mula memikirkan persiapan raya untuk sekeluarga almaklumlah tak mahu kalang kabut nanti. Lagi pun bila tiba Ramadhan boleh fokus kepada amal ibadat dengan aman. Bagi yang belum habis ganti puasa masih ada waktu lagi.
Tahun ini insyaallah anak-anak mak semua akan beraya di Perlis dan akan berlangsung juga majlis penting dalam keluarga, moga Allah s.w.t permudahkan urusan. Jadi sebagaimana biasa mood raya akan menjadi lebih tahun ini sebab mak taklah lemau sahaja di pagi raya bila anak perempuan bungsu dia beraya di rumah mertua seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini mesti penuh sesi jalan-jalan dan makan-makan.
Baju raya pun mestilah lebih dari satu mungkin tiga atau empat tetapi itulah setahun sekali buat baju masa lain memang jarang sangat buat baju baru. Tahun ini awal-awal lagi minta tukang jahit siapkan baju raya kakaknya dahulu supaya nanti taklah malam raya baru sibuk nak jahit leher baju.
Hujung minggu nanti pula akan membeli-belah keperluan anak-anak untuk hari raya nanti. Mama sudah kekurangan kudrat untuk berjalan-jalan membeli belah di bulan puasa. Bila letih anak-anak pun akan mula buat perangai. Baju Melayu beli dekat nak raya ambik mood raya, tahun ini beli siap sahaja.
Sepasang dah siap lega, Pak Tuan puji baju cantik. Kenangan jalan-jalan Kelantan cuti Hari Pekerja. Satu pasang lagi telah siap digunting, lagi dua masih dalam rekaan fesyen...ahahaa... Raya sakan weiiii...
