1 Mei nan lalu gila coklat kat kilang Coklat Beryls di Bangi. Tahu je ada promosi terus berazam nak pergi sana, pagi-pagi lagi dah ajak adik dan bawak rombongan anak beranak untuk pilih-pilih coklat. Hikram teruja dia ingat boleh tengok orang buat coklat tetapi rupanya hanya tengok Butik Coklat. Hangin satu badan kecik tu.
Masa sampai tu orang belum ramai. Sempatlah kami merasa-rasa sample coklat yang ada. Tiba-tiba riuh rendah kat luar, rupanya tiga bas rombongan dari mana entahlah sudah tiba. Bayangkanlah dalam ruang sempit tu tiga bas masuk. Oranglah bukan bas! Sekali pusing sample yang bermangkuk-mangkuk tu habislah sudah. OMG! Phewww...berebut-rebut depa dok capai itu ini. Fenin. Kami relax jap bila depa dah habis membeli baru kami buat keputusan akhir nak beli apa dan terus bayar. Gambar-gamabr tengah happening tu tak adalah pulak.

Stok coklat sudah berkurangan pada kunjungan kali kedua, gambar-gambar kunjungan kali pertama kebanyakannya dalam telefon adik. Depa tak refill rupanya.
Kebanyakan yang dalam kotak ni semuanya 50% less ada jugak yang ditempah khas dari Jepun tapi depa jual jugak kat sini tetapi tiada dalam pasaran Malaysia.
Ini hasil tuaian kali pertama. Tak banyak sangat pun. Camior tu 5 kotak Rm9, coklat badam tu Rm12 sebungkus, coklat putih tiramisu dalamnya ada isi badam tu Rm14 sebungkus. Wafer Rm7 memang mahal sikit tetapi berbaloi sangat kerana kaya dengan rasa coklat tapi sangatlah manis rasanya yang ni Hikram suka. Coklat campur-campur sebungkus tu Rm15, macam-macam ada. Coklat dalm balang warna oren tu Rm10.80 dalam dia coklat dengan badam hancur.
Model coklat Beryls tak berbayar.
Sebenarnya Butik Coklat kat kilang Beryls Bangi tu tiap-tiap hari dibuka walaupun tak ada promosi. Terasa nak beli coklat dengan harga sedikit murah berbanding di supermarket pergilah ke sana. Promosi 50% dan 30% tu pun hanya untuk produk terpilih je pun. Kita ni serbu bagai nak rak, capai itu capai ini dan kadang-kadang tertipu jugak bila harga biasa Rm10.25 pada hari promosi di jualnya Rm10.80 (hampeh betul).
Overall puas hatilah. Coklat bukan makan sampai kenyang just makan sikit-sikit tetapi anak-anaklah yang suka. Sebahagian coklat itu jugak dah hantar ke Perlis untuk dak pompuan tu, suka bukan main dia. Tak sabar dah dia nak tunggu cuti sekolah hujung bulan ni. Mama ikut jelah kehendak anak. Lagipun diakan sorang jelah anak pompuan yg ada (sob...sob...).