Quantcast
Channel: Rider Sejati
Viewing all 567 articles
Browse latest View live

Semangat Kemerdekaan

$
0
0

Limapuluhenam tahun. Syukur alhamdulillah.

Merdeka...Merdeka...Merdeka...!!!!


Semoga kita akan terus mampu menghirup udara Malaysia yang aman dan makmur. Dijauhkan negara kita dari malapetaka dan huru-hara yang boleh menggugat keamanan sejagat.


Siapapun kita, apapun warna kulitnya, walau apa pun pegangan hidupnya marilah sama-sama kita pertahankan apa yang kita ada.


Pupuklah rasa kecintaan pada negara pada generasi baru, agar mereka tahu menghargai penat lelah orang yang terdahulu.







Benelli TNT600 Saya Berangan Lagi

$
0
0

Borak-borak bersama geng-geng 'jantan' kat pejabat. Memang saya satu-satunya bunga dilingkungi kumbang di lantai sayap kanan tempat saya bekerja tapi nasib baik bunga ini sudah berpunya. Sedikit sebanyak saya tidak dapat lari dari borak-borak kosong dan kadang-kadang borak berisi dia orang. Sesekali saya tetap menyampuk.


Saya peminat motor berkuasa tinggi, depa bersembang berkenaan motor Benelli. Pernah beberapa kali saya menulis secara langsung ataupun tidak langsung. Sekali saya pernah sentuh di entri ini. Bila tajuk borak-borak depa kena dengan jiwa saya secara tak lansung saya turut terjebak. Budak-budak yang tak biasa dengan saya tercengang macam mana mak budak ni boleh join cerita pasal motor besar. Kesian.


Malaysia semakin membuka pasaran yang luas kepada peminat motor berkuasa tinggi, memberi lebih banyak ruang dan pilihan kepada peminat-peminat tegar. Juga bolehlah membuat perbandingan pro dan kontra serta memilih yang terbaik mengikut bajet masing-masing. Nak keluar duit mestilah memilih sedikit, biarlah berbaloi mutunya dengan wang yang dikeluarkan.


Benelli antara jenama yang boleh di pertimbangkan oleh peminat 'naked bike' masa kini. Jenama Benelli beasal dari Itali tetapi tetapi telah di beli oleh sebuah syarikat besar dari China. Persaingan yang sihat memberi kelebihan kepada pengguna. Mempunyai 'body cutting' yang sangat menarik. Enjin 4 stroke memberi kelebihan tersendiri buat motor ini kerana ia akan memberi lebih keseimbangan kepada motor ketika di pandu mahupun ketika berhenti di lampu merah. Bunyinya jugak lebih senyap.





Model : TNT899
Type : 3 cylinders, 4 stroke, 4 valve
CC: 898
Brochure klik sini.



Model : TRE1130K
Type : 3 cylinders, 4 stroke, 4 valve
CC :1131
Brochure klik sini.



Model : Beneli TNT600

Displacement : 600cc
Max Power : 82 Hp (60 KW) @ 11.500 Rpm
Engine : 4 Cylinder, 4 Stroke
Ignition : Walbro ECUA-1
Starter : Electric
Transmission : 6 Speed
Frame : Upfront Steel Trestle
Horsepower @ RPM : 44 @ 11500
Torque @ RPM : 38 @ 10500
Energy : Fuel Injection
harga : ± RM 30,000

Rivew boleh tengok kat sini.

Harga on the road lebih kurang Rm32k, boleh dipertimbangkan dengan bajet. Gosok-gosok Pak Tuan tapi masih tak jalan-jalan jugak. Walaupun sejak awal tahun saya bersara menjadi 'rider' tapi kalau ada sebiji macam ini mahu saya tarik balik penggantungan lesen motor saya tu.


Buat masa sekarang ini saya simpan sahajalah angan-angan tu tetapi kalau ada rezeki terpijak memang saya akan sambar jugak satu. Anak bujang saya memanglah asyik kenen suruh saya beli moto besar nanti bolehlah dia tumpang sekaki. Dalam masa terdekat ini mungkin tidak kerana banyak komitment lain yang lebih penting berbanding kehendak saya nan satu ini. Masa depan anak-anak lebih penting dari memenuhi kehendak sendiri. Kalau mampu apa salahnya. Reward diri sendiri dengan barang-barang kesukaan.



Merdeka Raya Sederhana Tapi Meriah

$
0
0

31 Ogos 2013 kita semua teruja menyambut hari ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Semakin matang Malaysia semoga juga rakyatnya juga turut matang dalam mengharungi kehidupan seharian. Aman damai serta tahu nilai jati diri, mahu belajar sejarah orang-orang terdahulu. Sambutan meriah di 31 Ogos 2013 Dataran Merdeka (Bahagian 1) dan 31 Ogos 2013 Dataran Merdeka (Bahagian 2)


Itu cerita Merdeka di Dataran Merdeka di rumah kecil saya pula sibuk makan-makan. Jemputan hanyalah kawan sekolah anak-anak, jiran-jiran, kawan sepejabat (tak ada siap pun yang sempat datang) serta keluarga terdekat yang hanya beberapa orang yang tinggal di sekitar Selangor, juga rakan blogger. Rakan-rakan blogger pula hanya menerima jemputan melalui blog sahaja. Saya tetap berbesar hati kerana walaupun hanya melalui blog masih ada yang sudi hadir (kembang kempis jap hati saya).


Semua hidangan dimasak sendiri dengan bantuan tukang jahit sayalah (Eja my sister), ate dua beradik syer le penat sorang sikit. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, makanan pun cukup kecuali puding marbel, tetamu malam tak merasa sebab sudah habis. 


Terima kasih buat semua jemputan, gambar memang tak terambil sebab bila sudah sibuk melayan tetamu mahupun sibuk tambah makanan jadinya kamera pun letak ke tepi. Jiran-jiran yang datang sebelah petang Zura, Ani, Imah, Zaini, Lia, Kak Wan bersama keluarga masing-masing. Selepas Maghrib jiran atas berbangsa Cina Ping-Ping dan Ah Choi datang, Ina jiran hujung tangga juga sampai. Lepas Isyak jiran sebelah rumah pulak datang bersama jiran tingkat 5, siangnya mereka sekeluarga tiada di rumah (saya sangat terkilan bila rumah saya meriah dengan makan-makan tetapi jiran sebelah rumah yang keduanya lumpuh saya langsung tak hulurkan walaupun semangkuk laksa atau sepinggan nasi impit). Tetamu akhir sepupu dari Puncak Alam memasing kena tinggal sebab mak dan abah jalan-jalan ke Kelantan.


Usai semua tetamu pulang saya terkejut, beristighfar. Lalainya saya. Rasa sangat-sangat bersalah. Sebenarnya jiran selang sepintu sewa rumah ini untuk menempatkan ibu dan adiknya yang lumpuh memandangkan rumah yang kecil untuk memuatkan mereka sekeluarga. Ibunya lumpuh sejak lama dulu selepas melahirkan adik bongsunya sudah lebih 30 tahun. Adik lelakinya pula lumpuh sejak 2 tahun lepas selepas kemalangan yang mengganggu sistem saraf tunjangnya (tak pernah berkahwin).



Hidangan ringkas makan-makan rumah saya. Laksa Perlis nak yang kecil pun ada nak yang besar macam biasa kita makan pun ada lengkap dengan ulaman. Nasi impit, kuah kacang dan Rendang Ayam (read as kari ayam).



Tetamu awal yang memang dari malam dok sibuk tolong memotong dan memasak. Baju coklat tu adik saya Eja si tukang jahit sayalah tu bersama suami dia. Nasib baik semua baju raya dah siap cuma ada beberapa helai baju pengantin yang sedang menunggu tetapi boleh letak kat tepi kejap.



Meja sebelah saya letak puding marbel, nugget dan jagung rebus. Air oren kat sebelah tu.



Ini pula kawan-kawan si abang Iqbal Hadi, baju putih tu kawan baik dia tetapi sekarang seorang sekolah pagi seorang sekolah petang sebab mengikuti kelas khas (budak pandai). Lepas tu datang lagi berbelas orang tapi lupa nak snap gambar pulak.



Dalam hujan lebat tu akhirnya sampai jugaklah Mak Chaq dan Cik Da ke rumah kami. Berbunga-bunga hati kami, kembang kempis di buatnya, ada juga yang sudi jengah mai rumah kecik kami ni. Happy weyyyy... Terima kasih na... (malu bila Dik Da dan Mak Chaq masuk bilik anak bujang kami yang bersepah dok bagi duit raya kat budak-budak dok main game dalam tu.)



Kami lagi tetamu dari kalangan blogger. Baju putih tu Anies. Walaupun sesat barat jumpa jugak le rumah saya, kesian kat depa.



Jiran selang dua pintu, malam lepas Isyak baru sempat datang. Mak mertua dan adik ipar dialah yang menghuni rumah sebelah pintu rumah saya tu, dua-dua pun lumpuh. Sementara suaminya sihat bolehlah di jaga esok-esok belum tentu kerana suami kakak ini pun sudah berusia 62 tahun. Berniaga air tebu selepas bersara untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Bantuan JKM dan Pusat Zakat sudah berkali-kali di isi tetapi macam-macam alasan di beri.



 Tetamu akhir saya malam tu, anak-anak dan menantu makcik dari Puncak Alam. Buatlah macam rumah sendiri ye. Si kecik Aqeelah, geram rasa nak geget-geget je.


Baru sikit jemputannya saya sudah letih sesangat, bayangkan buat kerja kahwin nanti tetapi saya gembira sebab dapat jemput kawan-kawan datang rumah. Sekecil majlis ini pun saya sudah melupakan jiran sebelah rumah nanti bila buat majlis besar-besar mesti lagi banyak yang akan terlepas pandang. Malu dengan diri sendiri kerana lalai (sebelum tu sebenarnya saya sudah minta kakak jiran saya tu ambilkan makanan untuk mereka tetapi dia kata dah siap masak lepas tu langsung saya lupa).


Hendaknya tahun depan masih dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta masih boleh masak-masak serta jemput kawan-kawan datang rumah lagi. Walaupun rumah kecil tetapi Allah telah mengatur dengan baik sekali perjalanan majlis di mana pada awalnya kawan si abang Iqbal datang secara berkumpulan, sebaik mereka beredar Mak Chaq dan Dik Da sampai, kejap tu Anies dan kawan dia. Masa tu jugak Kak Wan anak beranak sedang menjamu selera. Usai group blogger kecuali Kak wan yang merupakan jiran tiba pulak jiran-jiran lain coz depa memang pakat nak pi ramai-ramai. Jadi tidaklah sesak sangat keadaan rumah sebab tetamu datang secara berkumpulan kecil.



UPSR 2013

$
0
0

10 September 2013 anak perempuan nan seorang siapa lagi kalau bukan dak kakak Hayani akan menduduki peperiksaan UPSR 2013. Sekarang tengah kalut belajar saat-saat akhir, kelas pun dari pagi bawak ke petang balik sekejap malam pun ada kelas lagi. Pujuk-pujuk juga bila dia merungut penat, seminggu-dua je lagi lepas tu boleh lompat bintang!


Minggu depan tu jugak mama kenalah balik kampung, ate dak pompuan tu sekolah dengan Mak Tok sob...sob... Udah le sorang je perempuan boleh pulak dia tinggalkan mama, abah lagi sedih kecik dimanja-manja dah besar balik duduk kampung. Saya akan mula bercuti mungkin 9hb Sept malamnya saya akan  bertolak balik kampung dengan bas, nak balik dengan kapalterbangmerah jauh pula nak gi airport kendian tu depa dok kampung kena ambik kat Aloq Setaq pulak, jauh jugak sudahnya Pak Tuan kata naik bas jelah. Kematu le tapi malam boleh tito! Bawak kereta? Letih la lagipun bulan November/Disember mungkin akan balik lagi.


Doa yang terbaik buat anak mama, abah selalu dah dok sebut nak hantar ke Padang buat doktor. Haihhh...banyak sungguh kecewa yang abah simpan sampaikan anak dok sekolah rendah pun dia dah kalut letak hala tuju. Layan jelah.



Kenangan di Padang, Indonesia awal tahun lalu.



Depan Nikita Hotel, Bukit Tinggi. Dak pompuan tu memang sebijik mengikut mak penyebai kata orang tempat saya tapi cepat sejuknya, abang pulak banyak mewarisi sifat arwah bapanya yang memang selalu buat lawak tak tentu pasal. Tahun lepas bercuti untuk abang UPSR 2012 berlaku adil untuk kakak kenalah ambik cuti juga. Tengah gigih nak challenge abang yg hanya dapat 3A.



Sekolah Menengah Syed Ahmad Kenangan Bersama Guru-Guru

$
0
0


Inilah sekolah lama saya, photo cilok dari sini.


Zaman sekolah adalah zaman paling seronok dalam hidup selain zaman remaja masa sambung belajar kat Terengganulah. Pada yang sudah bekerja ni pun akan kata zaman itu zaman yang paling manis. Kalau dapat ulang syokkk sangat.


Masa sekolah rendah memang tak ingat sangat tapi cikgu-cikgu sekolah menengah memang lekat kat hati. Dulu-dulu naik Tingkatan 1 seorang mak menakan iaitu Cikgu Normah adik arwah abah mengajaq sekolah yang sama, sampai naik tingkatan dua pun kawan-kawan tak tau tu mak menakan saya. Segan sigh nak mengaku sebab dia kuat mencarut! Perghhh... Nampak tak ibu-bapa zaman dulu tak ambik port sangat benda-benda macam tu selagi anak tak patah-riuk.


Al-kisah dia mengajar Rampaian Sains, tiap-tiap hari tahan le telinga kami. Kebetulan dia juga guru kelas. Pu** mak hampa aihhh...gila kot ada lagi ke cikgu zaman la dok cakap gitu, kalau ada mau dapat surat tunjuk sebab. Lagi satu sambil mulut cakap sambil tu jugak tangan dia capai pemadam papan hitam debushhhh! Nasib la kena tang mana. Azab masa kena malu kowt tapi la ni bila teringat sengih sorang-sorang.


Ustaz Abdul Rahman Adam pula lain ceritanya. Masuk kelas semua kena berdiri sapa dapat jawab soalan, dapat hafal hadis dan ayat Al-Quran boleh duduk. Kalau tak nasib badanlah. Cikgu Narita guru Sejarah masa Tingkatan 5 sama jugak perangainya tu yang buat saya dapat 1 untuk matapelajaran sejarah masa SPM. Takut kowt kat dia. Tegas! Cikgu Othman ada dua orang kat sekolah so kami namakan cikgu ni Othman White sebab bapanya nama Puteh! Dia tinggi lampai suka buat lawak dalam kelas tapi kalau dia marah telinga sendiri pun dia tak nampak! Hang pi keluaq kelaih berdiri kat luaq!


Cikgu Hashimah ajaq Matematik. Fav dia cubit perut! Kalau kena tu siap cubit dan tarik. Pedih dowh. Selalu jugak pinjam buku kawan tiru bila kerja sekolah tak siap sebab tu sampai sekarang lembab Math...kehkehkehhh... Paling best Cikgu Asma ajaq Geografi, lawak saja dalam kelas tapi dalam lawak tu kadang-kadang kena jugak.


Cikgu Rokiah ajar Bahasa Malaysia antara yang di segani, sampai sekarang kalau jumpa memang dia kenal sangat. Cucu Pengurusi PIBG sekolah, behave...behave...ekekekeee... Begitu juga Cikgu Hashim ajar Geografi masa Tingkatan 3, takotttt... Cikgu disiplin ma... Tapi dua-dua pun masih keep in touch melalui FB. 


Dulu saya admire sangat dengan cikgu nan seorang ni, bujang terlajak...hahahaaa... Cikgu Rosli ajaq Sains Pertanian, saya dulu tak ambik Sains Rumah Tangga. Sebab admire dia saya jadi Pelajar Terbaik Matapelajaran Sains Pertanian untuk SPM batch kami! Dia selalu panggil saya Tuan Puteri sebab saya selalu kena asthma, kalau duduk tengah panas cepat-cepat dia bagi ruang kat tempat teduh. Terasa diri begitu berharga...kahkahkahhhh...


Cikgu Zainab ajar saya Bahasa Inggeris di Tingkatan 3, cikgu ni comey dan sangat lembut. Kenapa saya tak boleh lupa dia? Masa Tingkatan 3 mata saya sudah rabun sangat, cikgu pindahkan ke depan sekali pun saya masih terpaksa kecilkan mata untuk melihat papan hitam. Suatu hari dia bagi saya frame untuk buat cermin mata dan itulah cermin mata pertama saya! See..jasanya sangat besar. Dulu frame cermin mata mahal tau.


Ramai lagi cikgu-cikgu lain yang sangat berjasa dalam kehidupan seharian kita. Cuma cikgu yang ada keistimewaan kat hati kita tu tentulah kita ingat lama betul tak?



Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?

$
0
0

Penting ke trafik blog kepada seorang blogger?


Perumpamaan paling mudah. Kita buka sebuah kedai makan semakin banyak pelanggan semakin banyaklah pendapatan. Kita masak sedap-sedap semakin pelanggan suka, sepertinya kita buat entri yang bagus serta berkualiti semakin pembaca hendak datang. Bila pelangan datang secara automatiknya mereka akan bercakap mengenai kesedapan makanan kedai kita jadinya akan jadi iklan mulut ke mulut bermakna semakin bertambahlah pelanggan. Begitulah juga blog kita. Semakin berkualiti serta berguna entri yang kita buat semakin akan ramai pembaca akan datang.


Jika tukang jahit bergantung kepada kualiti jahitan serta design baju yang dibuat begitu juga dengan penulis blog. Selain isi kandungan, design blog yang cantik dan bagus juga penting untuk menarik minta pembaca kembali bagi membantu menaikkan trafik blog. Bayangkan design blog yang cantik, kemas serta mesra pengguna pembaca tidak akan berfikir banyak kali untuk datang lagi.


Menulis blog sama ada mengharapkan pendapatan sebagaimana penulis blog sepenuh masa tetapi juga merupakan bonus bagi penulis blog separuh masa. Menulis tiba-tiba dapat duit! Mesti senyum-senyum sampai telinga. Duit terpijak dari hobi menulis serta berkongsi kisah. Mudah.




Apabila trafik blog tinggi ini akan menarik pengiklan untuk menggunakan khidmat kita. Zaman telah berubah ramai pengiklan mula beralih arah untuk menggunakan khidmat blogger. Pengiklan dapat menjimatkan kos kerana untuk mengiklan di media cetak dan media elektronik mereka memerlukan modal untuk membuat iklan juga membayar pengiklan. Sekiranya mengiklan dengan blog mereka hanya memerlukan input barangan yang hendak diiklan dan selebihnya tuan punya blog akan selesaikan. Mudah. Bila trafik sesebuah blog tinggi bermakna pembacanya ramai jadi pengiklan akan lebih percaya untuk mengiklankan produk dengan kita.


Contoh paling mudah kenapa trafik sangat penting kepada blog adalah Nuffnang. Ramai blogger berlumba-lumba memasang iklan Nuffnang di blog masing-masing terutama blogger yang baru hendak mengenal sepak terajang dunia blog, pendapatan pula bergantung kepada jumlah pengunjung blog semakin tinggi trafik sesebuah blog semakin tinggi juga pendapatan itu contoh mudah. Banyak lagi contoh pengikalan yang menawarkan pendapatan mudah sebegini. Bukankah trafik itu sangat penting?


Berkerja keraslah untuk menaikkan mahupun mengekalkan trafik blog masing-masing. Bukan mudah untuk dikenali kerana sesebuah blog perlu kekuatan tersendiri. Trafik blog sangat penting bagi sesebuah blog kerana ia menunjukkan kekuatan sesebuah blog dialam maya.


Ingin mendapat hadiah bernilai RM300 jadi utarakanlah pendapat anda di Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog? Mungkin pendapat anda dapat membantu blogger-blogger di sekeliling kita, berkongsi ilmu. Sesekali memberi lebih baik dari asyik menerima!




Riang-Ria Raya

$
0
0

Syawal 29. Detik-detik terakhir kemeriahan bulan raya masih di teruskan. Kali ini tentu bahagian kami meraikan Hari Raya bersama juga meraikan kawan-kawan yang mendapat cahayamata juga kawan-kawan yang berjaya dalam perjuangan pelajaran mereka. Bekerja tak bermakna tidak boleh belajar. Saya tabik mereka ini.


Terasa sedikit janggal makan-makan kali ini. Biasanya bilangan kami melebihi 100 orang tetapi kali ini agak lenggang. Sedih. Kami yang tinggal kurang dari 30 orang untuk meraikan majlis ini setelah di tolak kawan-kawan yang telah diberhentikan, sukarela berhenti kerana mendapat tawran lain juga yang terpaksa berkerja luar kawasan, bercuti mahupun bercuti sakit. Bilangan keseluruhan yang tinggal hanya 50 orang. Majlis sangat tidak meriah tetapi kami tetap makan-makan dengan meriah!


Seperti biasa majlis dimulakan dengan ucapan Manager Of Department (MOD). Bos kami telah naik pangkat berada di level management, buat masa sekarang di pangku oleh Mr. Eugene dan insyaallah mungkin akan megambil alih secara rasmi tidak lama lagi. Kami akan terima bos baru, sekrang pun dia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Saya harap dia akan jadi bos yang baik untuk selamanya. Bukan senang nak jadi bos. Buat Mr.Eugene tahniah. nanti bagi increement bagus-bagus ya...hiksss...


Kemudain memberi peluang kepada our ex HOD yang telah menjadi Advisor untuk bahagian kami, naik pangkat jugaklah. Willem Frederik De Vos dan saya lupa nama Islam dia. Dulu dia yang interview saya lepas tu masa dia jadi bos jugak saya dapat status 'Senior'. walaupun senior kerja saya kecik almaklumlah saya akan berada paling bawah dalam carta. Saling lengkap-melengkapi.


Hidangan raya seperti biasa wajib ada lemang dan rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang, nasi goreng, bihun goreng dan capati for vegi, kuih muih dan biskut raya. Tak lupa air oren dan teh tarik yang menjadi 'trade mark' setiap kali acara makan-makan. Satay yang hanya tiba bila semua orang selesai makan dan akhirnya kami bungkus dan hantar kepada kawan-kawan yang telah balik ke lantai masing-masing (satu dept berlainan lantai, lumrah). Satay yang sedap tetapi pengurusan masa membuatkan majlis kami terganggu, bukan sekali dah berkali-kali kena rasanya seperti perlu mencari 'supplier' baru  (hilang satu bisnes)!


The girls yang tinggal mana Kak Kiah menghilang seorang tercicir. Hanya ini yang tinggal setelah katanya 'right sizing'. Hiba mengenangkan rakan-rakan yang sudah tidak bersama kami, berjuang di sini.



Yezza...Kak Kiah tiba-tiba muncul, sempat lagi posing kat pantry. Masa ini tengah buat persiapan, menghidang bagai.



Kami sedang tekun mendengar perutusan dari MOD Mr. Eugene Ong.




 Some token for them. Atas adalah penerima untuk 'new baby born' Zaid Senior dan Zaid Junior. Gambar bawah pula token untuk kerja keras mereka menamatkan 'Master' masing-masing. Design Specialist kami ini memang kuat belajar dan dia suka galkkan kami belajar tapi dah tua-tua ni otak pun dah berkarat dan penyakit 'm' tu yang besar sebenarnya. Baju biru tu our MOD to be tak lama dah tu.



Puding karamel yang marbeles air tangan si tudung halfmoon hijau, Ann sama juga dengan rojak buah tu. Saya hanya bawak perot!




Token for them!



MOD to be Mr. Eugene Ong and Willem Frederik De Vos our dept advisor.



Walaupun yang tinggal tidak seramai dulu tetapi kami tetap makan dengan meriah, masih lagi bersatu demi kelangsungan masa depan. Siapa juga yang memimpin kami akan kami akur dan kami terima dengan gembira kerana mereka ada orang yang telah sekian lama bersama kami meniti susah dan senang.


Hati Tak Keruan

$
0
0

Isnin. Monday Blues? Tak kot.
Tapi hati jadi tak keruan, makan tak kenyang minum tak terasa, tekan keyboard serba tak kena.


'June please pdf this dot dot dot drawing sheet 14 and this dot dot dot drawing sheet 19 and email to me' arahan my lead.
'Yes sir' dan berdesup cari drawing pdf dan email.


'Akak mc salah attach. Medical cert 13 August tapi application on GBS yang akak attach 25-29'
'Tapi akak bagi dua-dua print out sekali, mungkin salah stapler kot'
'Tak adalah kak'
'Boleh akak email pdf copy tak?'
Dan-dan tu buka folder copy dan email ke Yana HR Dept (bahana selama ini hanya hantar MC guna GBS ataupun on line pas tu tak hantar hard copy).


Lepas makan tengahari dapat email.
'Akak salah attach ni'
Buka email rupanya yang di beri pada Yana adalah drawing.
Klik sent item tepuk dahi!
Medical cert sudah hantar ke Anand iaitu Lead Project.
Nasib baik dia tak buka lagi email dan cepat-cepat recall.
Hantar yang baru. Lega.



'Print apa tu?'
'Projek Bumi' dengan yakinnya menjawab.
'Bumi tu kapal ni aku tengok pelantar ja'
Renung drawing huwaaaaaaa...boleh salah buka projek folder.
Nasib baik di tegur, kalau tak semua Bumi, Bulan, Bintang dan Suria saya print!



UPSR bermula esok. Mungkin saya stress anak nak exam kot...hahhaaaa...
Masih ada cerita raya yang berbaki. Balik dari cuti seminggu nanti saya kongsi eh, saya bercuti tanpa bayaran untuk support dak perempuan tu ambik periksa. Hari ini mood ke laut. Ini pun dah petang baru nak update entri baru.


Doakan dak perempuan tu dapat jawab soalah dengan baik ye.




CPUV Bila Dah Dapat Melekat-Lekat

$
0
0

Lama tungggu untuk dapat CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns dari Nuffnang tapi bila dah dapat tak putus-putus pulak dan ini adalah CPUV yang ke-7 buat blog Rider Sejati yang mula mendapat iklan CPUV yang pertama pada 17 Julai 2013. Walaupun earning tak banyak tapi bila tengok angka-angka tu berubah setiap hari rasa best jugak berblog dan beriklan dengan Nuffnang.


Duit tu nak simpan sampai tahun depan, raya boleh cash-out boleh bagi duit raya lebih sikit (verangan sampai ke bintang!). Kalau banyak boleh keluarkan belum sampai masanya, si kecik tu asyik dok menyebut PSP sahaja. Kesian pulak mak.




Satu credited diganti dengan yang baru pula, terima kasih Nuffnang team. Saya senyum-senyum walaupun iklan tu sekejap sangat menari-nari dalam blog. Lain-lain tu menarilah lama-lama sikit ya. Saya kagum dengan blog Mrs. Secretary satu iklan dia menari-nari sejak bulan May. Perghhh...lama tuuuu... Tengah running pulak ada 5 iklannya.


Lain orang lain pendapatnya tetapi saya rasa sebagai permulaan eloklah saya beriklan dengan Nuffnang sahaja. Kalau nak buat advertorial dari syarikat-syarikat lain rasa macam blog 'Rider Sejati' kecik sangat berbanding blogger tersohor dan telah ternama lain belum tentu kita dipandang.


Hari ini saya berada di kampung. Kakak Hayani akan menduduki peperiksaan UPSR 2013. Sebagai ibu hanya doa yang mampu di titipkan agar kejayaan sentiasa bersamanya. Sebagai tanda kasih buat anak tersayang mama korbankan RM yang akan dipotong pada Disember 2013 kerana ini adalah cuti tidak berbayar sebab cuti mama sudah habis untuk tahun ini.



Blogger Popular Baca Blog Sendiri - Macam Popular Sangat!

$
0
0

Blogger popular? Siapa-siapa? Ekelehhhh...macamlah popular sangat. Tajuk gempak je kan...ahaahaaa... Tak ada lah saja je nak tulis saya ni perasan macam blogger popular. Walaupun tak ada siapa yang kenal sebenarnya, eh tak ada jugak yang kenal. Sayang semua ketat-ketat okeh.


Saya ada satu tabiat yang sukar nak buang. Tabiat suka sangat baca blog sendiri. Bila menung-menung tak ada apa nak buat (sekarang saya banyak masak lapang sebab projek tak jalan lagi > read as saya makan gaji buta!) saya suka sangat klik-klik entri lama. Baca sambil senyum-senyum walaupun itu adalah kenangan masam-masam mahupun pahit serta payau. Serius saya memang banyak masa lapang!


Bila baca semula entri yang lama-lama tu rasa nak gelak sendiri. Kelakar. Entah apa-apa yang ditulis serta di kongsi, masa tu semuanya try & error. Padahal semua tu boleh je google untuk cari penyelesaian. Semakin lama saya semakin pandai mengatur ayat-ayat di dalam blog, juga sudah pandai membina link sendiri. Pada mula memang tiada komen seolah-olah tulisan saya tu semuanya tulisan syok sendiri. Saya belajar menjadi seorang blogger perlahan-lahan, membina ukhwah di alam maya menimba pengalaman dari pengalaman serta perkongsian mereka yang arif.


Semua orang bermula dari bawah, walaupun apa yang saya ada sekarang tidaklah sehebat mana tetapi saya bangga kerana saya mampu melakukan perubahan pada blog ini sedikit demi sedikit. Sebolehnya saya ingin mengekalkan malah menambah baik blog yang saya ada. Bercita-cita untuk menjadi blogger hebat bukan sahaja blogger popular.


Blogger hebat adalah blogger yang mampu memberi kesan kepada orang sekeliling sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Memberi dan terus memberi. Berkonsi segala kebaikan, ganjaran mahupun ilmu pengetahuan. Bila entri kita terkesan di hati pembaca kemungkinan mereka kembali semula adalah tinggi. Bila semakin ramai pembaca tak mustahil kita akan jadi blogger popular serta hebat.


Tapi...tolonglah. Jangan popular dengan kontroversi pulak!



Pengurusan Makanan Di Dalam Peti Sejuk

$
0
0

Peti sejuk adalah salah satu barang paling penting di dapur setiap rumah zaman sekarang, almaklumlah wanita zaman moden kebanyakannya berkerjaya tetapi juga sangat penting bagi surirumah sepenuh masa. Mereka bos di dapur jadinya wanita lebih cenderung menguasai setiap ruang terutama peti sejuk. Pengetahuan pengurusan makanan di dalam peti sejuk sangat penting bagi wanita.


Masih ada wanita yang tertutup mindanya mengenai penggunaan peti sejuk. Masih ada yang mempercayai mengamalkan makanan disimpan atau dibekukan di dalam peti sejuk boleh memudaratkan kesihatan. Apa juga keadaan atau barangan jika disalah guna atau diguna tanpa mengikut peraturan pasti akan membawa mudarat. Jadi itu perlunya kita membaca menambahkan ilmu supaya kita melakukan praktikal yang betul untuk mengelakkan kesan jangka panjang.


Disetiap peti sejuk kita mempunyai dua ruang penting, ruang dingin serta dingin beku. Keduanya mempunyai fungsi berbeza dan makanan yang boleh di simpan di sini turut berbeza. Cara penyimpanan juga sangat berbeza. Bayangkan sekiranya anda menyimpan ikan di ruang dingin berapa lama ikan itu mampu bertahan? Cuba masukkan pula ikan ke bahagian dingin beku tentunya tempoh hayat ikan itu akan lebih lama.


Marilah sama-sama kita membuka minda dengan membaca entri0entri berikut Berapa Lama Anda Boleh Membekukan Makanan dan Tip Untuk Frozen Lauk.


Jangan sempitkan pemikiran serta minda, jangan hadkan juga pembacaan untuk mendapatkan ilmu. Ilmu ada di mana-mana waima pada sekeping kertas pembalut makanan itu sendiri. Kretif ada di dalm diri kita sendiri jadi gunakanlah kretif kita untuk memudahkan pengurusan masa supaya kita punya lebih banyak masa untuk bersama keluarga.




Redza Dalam Paksa

$
0
0
Sikit-sikit redza, sikit-sikit redza. Ikhlas ke kita bila sebut ayat tu?
Susah nak cakapkan. Ikhlas tu dari hati bukan dari bibir.
Bibir pulak kadang-kadang hanya bercakap untuk sedapkan hati sendiri juga untuk menjaga hati orang.
Redza lagi.

Konsep redza sangat luas. Kalau kita benar-benar redza pasti tiada ungkitan.
Tiada juga umpatan.
Hilang juga kisah sebut-sebutan di belakang hari.
Redza kita dalam paksa.
Mulut kita menipu sedangkan hati kita menangis.
Ingatan kita masih kuat pada apa yang kita redzakan.

Redza paling ikhlas.
Redza seorang emak atau ayah terhadap anak-anaknya.
Itulah paling tulus paling bersih.
Redza untuk anak-anak soleh yang sentiasa menyejukkan hati kedua orang tuanya.
Berusahalah moga kita sentiasa berada dibawah redza mereka.
Bagi yang telah telah tiada, redza mereka di bawa ke SANA.
Doa anak-anak yang soleh tetap mengiringi mereka.

Sekadar ingatan untuk diri sendiri.
Ikhlas dan redza berjalan seiring.
Pasti ada balasan baik walaupun kita ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa.


Hati Kelabu

$
0
0

Seminggu cuti, tanpa bayaran tapi...
Balik dari bercuti hati jadi kelabu, tepu, beku.
Tak semua yang kita inginkan akan kita dapat tetapi Allah tetap memberi yang terbaik buat hambanya.
Tapi...
Hati tetap memberontak kiranya pemberian itu di terima sebagai satu ujian.
Tak bersyukurkah?


Tersepit.
Antara dua darjat.
Hati merintih tetapi tiada jawapan pasti.
Dia dan dia kasihku sama rata.
Tak rela aku kehilangan satu diantaranya tapi...
Hati ini selama mana bisa bertahan.


Mendung di luar rupanya mempengaruhi perasaan!



Perempuan Melayu Ayu...Terakhir Menggayakan Tudung Saji Melayu...Terakhir

$
0
0

Cuti seminggu. Balik kerja buka email. Terkujat. Asyik kena bahan je, sekali dulu kena bahan jugak kat sini.   Kali ini bukan satu department sahaja yang tengok gambar-gambar over saya tetapi satu pejabat! Malu wehhh depa dok park dalam drive yang boleh syer satu pejabat (cepat-cepat saya cut semua gambar-gambar over saya dari officialcameraman). Depa semua dok berebut-rebut tengok gambar Majlis Raya 2013 anjuran tempat kerja sayalah (nantilah saya update entri walaupun dah basi).




Model Perempuan Melayu Ayu...Terakhir...cewahhhh...



Menggayakan Tudung Saji Melayu...Terakhir. Korang ada?



Bunga nan sekuntum di antara kumbang yang berterbangan, seekor lagi kumbang entah terbang ke mana. Dua ekor kumbang lagi dah terbang ke pejabat lain sebab dapat tawaran lagi best. Rasa diri begitu berharga bila bekerja dengan lelaki-lelaki sporting seperti mereka. Tak lokek ilmu, tak kering gusi melayan kerenah tapi dalam keadaan tertentu akan jadi bahan mereka dan dalam keadaan tertentu juga depa akan gunakan bunga nan sekuntum cukup-cukup sedangkan depa terima je. Apa pun saya tetap sangat enjoy kerja dengan depa. Tengs geng!



Pengalaman Naik Bas Ekpress Dari Kangar ke Kuala Lumpur Bahagian 1

$
0
0

Pagi ini buka surat khabar terpampang di dada akhbar sebuah bas berwarna kuning dan oren yang terbalik dengan tajuk '16 Penumpang Bas Tercampak, Drebar Maut'. Al-Fatihah. Terasa ingin berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan bas yang sama minggu lepas.


Pengalaman naik bas ekpress dari Kangar ke Kuala Lumpur saya sangat pelbagai setelah hampir 20 tahun tinggal di kota metropolitan tetapi ini adalah pengalaman pertama saya menggunakan perkhidmatan bas ekpress tersebut. Biasanya saya akan menggunakan Sani Ekpress kerana ia lebih selesa, pemandu pulak boleh bertolak ansur dan tidak sombong. Bas Ekpress Etika akan menjadi pilihan kedua. Di sebabkan kehabisan tiket kerana cuti hujung minggu bersambung dengan cuti Hari Malaysia saya tiada pilihan kerana itu adalah tiket terakhir yang ada. 


Perjalanan 10.30pm, bermula pengalaman yang kurang menyenangkan buat saya. Pergi ke kaunter dan diberitahu penumpang ke Kajang akan menumpang bas yang akan ke Klang/Shah Alam ke Alor Setar kerana masalah kelewatan bas sampai dari Kuala Lumpur. Dari Kangar ke Changlun mengambil penumpang kemudian ke Jitra di sana berlakulah sedikit perselisihan faham. Saya dan anak serta 2 orang penumpang yang akan ke Kajang diarahkan turun setelah pemandu dan agen bertekak hampir setengah jam di bawah. Rupanya ada yang mengugut untuk meminta bayaran balik tiket sekiranya tak dapat naik bas tersebut (itupun saya dapat tahu bila saya mula nak naik angin dengan agen).


Bayangkan ketika itu hampir pukul 12 malam, anak saya sedang nyenyak tidur. Saya memberi alasan anak tidur. Apa yang membuatkan hati saya sangat marah ketika itu adalah pemandu dengan angkuh terus berkata 'Gerak jugak sampai bangkit' dengan kasar. Saya rasa kalau dia bercakap secara sopan dan meminta maaf atas kesulitan saya akan faham tetapi bila begitu keadaannya hati saya sangat bergelora tetapi saya pahat di hati apa yang berlaku ada hikmahnya. Beristighfar. Pelan-pelan saya kejut anak yang sedang tidur, angkat 2 beg kecil yang ada bersama, turun ke bawah dudukkan anak di koridor kerana semua bangku sudah penuh kemudian mengangkat 2 lagi beg pakaian di tempat penyimpan beg di bawah bas. Tiada siapa ingin menolong! Tidak pemandu, tidak juga wakil agen bas tersebut di Jitra. Pemandu muda yang ada rupa, bersuara sedap di rangkaian radio pemandu bas agaknya tetapi tidak mempunyai perilaku yang baik!


Kami berempat dan dua penumpang dari Jitra dihantar ke Hentian Shahab Perdana, Alor Star menaiki 2 teksi. Allah sudah tentukan malam tersebut rezeki pemandu teksi tersebut saya berbisik di hati. Dari Hentian Teksi yang berada di luar anak mamai-mamai berjalan ke platform masa telah melewati jam 12.30 malam. Pemandu teksi menawarkan diri untuk membawa barang-barang, tetapi saya tetap menolak dengan baik. 1 beg di galas di depan, 1 di belakang 2 beg lagi berada di tangan (nasib baik 2 beg ini hanya berisi kuih-kuih mudah pecah dan selimut sahaja). Sampai sahaja saya ke platform saya lihat bas yang sama ada di situ dan pemandunya biadab turut ada (masa tu rasa macam ada api dalam mulut!). Saya sangat marah!


Bersambung ke bahagian ke-2...panjang sangat daaaa...




Pengalaman Naik Bas Ekpress Dari Kangar ke Kuala Lumpur Bahagian 2

$
0
0


Sambung dari bahagian 1...


12.45 bas ekpress dari syarikat yang sama sampai dan menurunkan penumpang di luar platform berdekatan stesyen bas henti-henti, rupanya bas tersebut juga akan membawa kami semua ke Kuala Lumpur dan Kajang. Non-stop trip! Naik bas penumpang duduk berselerak ikut suka hati kerana tiada nombor pada setiap tempat duduk seperti kebiasaannya. Saya bernasib baik kerana masih ada tempat duduk bersebelahan yang boleh saya duduk berasama anak kalau tak memang saya minta pemandu atau kakitangannya kira balik penumpang mengikut turutan nombor tiket masing-masing!. Perkara pertama yang saya tanya kepada budak yang memeriksa tiket adalah 'bas ini ada pemandu gantian atau tidak'. Alhamdulillah pemandunya tetap 2 orang.


Kami bertolak sekitar jam 1am dari Alor Setar. Setiap kali pemandu menukar gear akan ada suatu bunyi seolah gear mengalami masalah. Nampak sangat bas berada di dalam keadaan yang kurang memuaskan. Saya hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t melindungi perjalanan kami semua hati sedikit runsing bila memikirkan Changkat Jering dan Gua Tempurung. Saya tak mampu melelapkan mata. Rasanya dalam perjalanan sekali lagi bas berhenti mengambil penumpang sekitar Sungai Petani. Saya hanya tidur-tidur ayam sehinggalah bas berhenti di Hentian Jalan Duta dan kemudian ke Pudu Sentral akhir sekali ke Kajang menurunkan penumpang. Semasa bas berhenti berehat di R&R yang terdapat di lebuhraya saya langsung  tidak turun.


Alhamdulillah saya selamat sampai ke Kajang. Saya meminta pemandu memberhentikan bas di pertengahan jalan di depan sebuah tokong di Jalan Reko tidak terus ke Hentian Kajang kerana kebetulan saya boleh mengikut jalan belakang untuk balik ke rumah. Pemandu kali ini sangat berbudi-bahasa meminta saya tunjukkan tempat sepatutnya dia berhenti. Katanya dia tak biasa dengan Jalan Reko sebab ini sepatutnya bukan laluan dia, hanya menggantikan bas lain yang menghadapi masalah. Bila berhenti dia turun bukakan tempat menyimpan barang serta tolong angkatkan beg-beg saya dan letak ke tepi. Sejuk sikit hati.


Ajal-maut, jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Kita sebagai manusia sepatutnya berusaha. Sekiranya bas berada di dalam keadaan tidak memuaskan seharuslah dibetulkan dahulu. Pemandu harus perihatin, tuan punya harus bertanggungjawab. Saya rasa pemandu pertama yang memandu bas ke Klang/Shah Alam perlu mengikuti krusus cara untuk melayan penumpang. Shamisha Holiday perlu lebih perihatin dengan keadaan bas. Pantau juga pemandu-pemandu yang ada. Saya tidak meletakkan kesalahan kepada orang tertentu tetapi sekiranya semua bertanggungjawab tidak akan timbul banyak masalah, kesilapan teknikal akan berlaku di mana-mana tetapi ia mampu dielak, kecuaian pulak akan membawa padah.


Bagi saya pengalaman pertama ini membuatkan saya serik untuk menggunakan perkhidmatan bas Shamisah Holiday lagi, selagi boleh elak saya akan elak kecuali sudah tiada pilihan lain. Tiba-tiba saya terbayang sekiranya mak yang berada di dalam situasi tadi sebab mak selalu berulang dari Perlis ke Kajang. Terkial-kial turun naik bas di tengah malam kemudian terkial-kial pula mengangkat beg dan biasanya dengan banyak barangan bekalan lain di usia tua sebegitu.


Mungkin rezeki saya tidak baik ketika itu, mungkin juga Allah s.w.t sedang menguji kesabaran saya. Anda ada tak pengalaman yang boleh membuat hati di simbah lahar gunung berapi ketika menggunakan perkhidmatan bas ekpress jarak jauh? Boleh kongsi bersama.



Festival Kuih Bulan

$
0
0

Junior berlari-lari masuk rumah sambil melompat girang,

Junior : Mama...! Mama...! Kok Meng kata sekarang tengah ada festival (Kok Meng adalah anak jiran depan rumah berbangsa Cina dan Junior pulak mesti ingatkan festival macam dalam kartun Dora The Explorer).

Mama : Festival apa?

Junior : Ala yang ada hantu-hantu tu.

Kok Meng : Bukan la acik, Amirul tipu (dia bersuara dari luar).

Mama : Kok Meng pesta tanglung ke?

Kok Meng : Main tanglung acik tapi festival kuih entah kuih apa (hahahaaa...ada ke pulak cam tu budak ni).

Mama : Oooo.. Festival kuih bulan (masa tu tiba-tiba teringat kat Nekcik yang dok cerita tentang kuih bulan pemberian seorang kawan di blognya)



Kuih bulan yang mempunyai pelbagai pilihan inti dan rasa. Cerita mengenai Pesta Kuih Bulan boleh di baca di blog idhamlim.com dan gambar ini juga di copy dari sana.



Perarakan tanglung yang cantik dengan pelbagai warna dan rupa akan di adakan pada malam perayaan Pesta Kuih Bulan. Pic credit here. Malam tadi budak-budak tumpang gembira main tanglung bersama Kok Meng, ada 2 tanglung macam kat atas tu berwarna merah dan oren.


Rupanya Junior dok koyak kertas buku banyak-banyak kononnya nak buat tanglung! Apalah anak ni, mama dulu buat benda tu dengan surat khabar lama ja. Buat bersegi kemudian bakar atas jalan depan rumah mak tok yang merupakan kawasan lapang almaklumlah sawah. Naik tinggi. Orang tua-tua tak bagi main sebabnya bila api di udara depa samakan dengan 'hantu tengelung'. Korang pernah dengar? Ceritanya hantu tu terbang bagai api di angkasa dengan perut terburai. Takutttt...larikkk... Sekarang dah ada lampu neon 'hantu tengelung' pun dah lari masuk hutan dia pulak yang takut. Budak-budak zaman sekarang dah tak pernah dengar cerira mitos sebegitu.


Malaysia terdiri pelbagai bangsa, begitu juga kaya dengan adat dan budaya bangsa masing-masing. Meraikan sambutan perayaan sesuatu kaum sebagai menghormati budaya mereka selagi tidak mengganggu aqidah dapat merapatkan silaturrahim sedia ada. Apa juga bangsa dan warna kulit kita tetap 1Malaysia yang hidup di dalam kepelbagaian budaya.


Mini Tasbih Comel

$
0
0

Yang di tunggu telah tiba. Apa tu jom kita tengok. Suka...suka...suka... Comey ja. Ini hasil kerja tangan blogger Anyss Gadis Kampung Separa Bandar. Al kisahnya saya tempah dalam keadaan tergesa-gesa serta dalam jumlah sedikit pulak tu nasib baik tuan punya badan boleh bertolak ansur. Alhamdulilah. Dah tertulis rezeki dapat Mini Tasbih ini.



Didatangkan dalam pek yang kemas seperti  kat bawah. Terima kasih Anyss sanggup beli manik-manik baru semata-mata nak kenakan dengan tema pink biru tu walaupun saya tak kisah warna apa pun sebab saya tempah sikit sahaja. Itu pun dah bersyukur sangat sebab dia sanggup buat.




Sekotak dah sampai semalam, laju-laju lari naik Tingkat 18 nak tengok hasilnya. Memang berbunga-bunga hati saya nih. Insyaallah akan jadi cenderahati buat jiran-jiran dan kaum keluarga yang membantu dalam majlis 3hb November 2013 nanti. Teringin nak tempah jom klik kat sini.







Market Value Rumah Meningkat

$
0
0

Bulan November genap setahun urusan membeli rumah kami di Taman Taming Impian. Alhamdulillah semu a urusan jual beli berlangsung dengan baik walaupun proses pinjaman sedikit memakan masa di mana akhirnya bank yang sudi bagi adalah bank tempat tiap-tiap bulan gaji saya dimasukkan. Sebenarnya saya tak cuba dibanyak bank pun cuma 3 sahaja tu pun dah rasa penat. Allah s.w.t permudahkan urusan dari berjumpa agen (adik tuan rumah saya agak sebab Sir namenya sama) sehinggalah urusan dengan peguam semuanya very smooth. Saya bersyukur sangat sebab mendapat perkhidmatan dari sayarikat guaman yang sangat efisyen dan banyak membantu dalam urusan jual beli dan pada akhirnya penjual turut menggunakan peguam yang sama. Pegawai bank tempat saya uruskan pinjaman suggestkan saya guna khidmat syarikat guaman ini dan ini adalah pilihan yang terbaik!




Saya pernah bercerita di banyak entri di blog saya termasuk Panduan Membel  Rumah, Tip Membeli Rumah, Catatan Kenangan Impian Kami Sama, Impian Kami Sama Jumpa Peguam Untuk Urusan Seterusnya dan Rumah Baru Kami. Itulah antara kisah perjalanan yang memberi satu pengalaman baru kepada saya dalam urusan pembelian rumah memandangkan suami menyerahkan segala urusan pada saya. Lagipun inikan rumah saya!


Saya sangat beruntung kerana dapat membeli rumah tersebut dengan harga kurang dari Rm300k. Alhamdulillah. Mengikut harga kebanyakan rumah kawasan tersebut yang diikalankan adalah lebih Rm300k. Dalam masa 4 bulan dari tarikh saya membeli saya sudah boleh menjual rumah tersebut dengan harga tambahan  sebanyak 50k dari harga asal. Saya beli bukan nak invest tapi untuk duduk jadi nilai tersebut saya letak ke tepi.


Semalam saya intai-intai market value untuk rumah sekitar Taman Taming Impian yang diiklankan di internet. Gosok-gosok mata saya tengok, kalau saya tak grab rumah tu tahun lepas memang saya tak mampu lah nak beli tahun ini. Itulah di namakan rezeki. Rumah kalau naik sekitar Kajang sekarang memang tak ada yang murah lagi. Kajang 2 juga sudah tiada pembinaan rumah teres cuma yang ada semi-d dan super link yang berharga Rm750k dan ke atas. Gulp!



Tengok tu harga rumah semua melebihi Rm300k di taman perumahan yang sama, ada satu rumah tu saya tak dapat nak upload gambarnya Rm380k dan terjual pulak tu tapi mungkin yang tanah belakangnya ada 10 kaki kot rumah saya cuma ada 5 kaki tapi orang masih sanggup beli. Iklan penuh boleh tengok kat sini.




Hari Cuti Saya

$
0
0

Jumaat.

Berangan-angan nak sambung tidur lama sikit sebabnya hari ini saya cuti! Esok Deepavali jadinya tempat saya cari rezeki akan bercuti pada hari sebelumnya rutin cuti umum yang jatuh hari Sabtu. Tapinya saya hanya cuti dari kerja-kerja pejabat, kerja-kerja sebagai isteri dan ibu tetap berjalan seperti biasa. Terasa nak terbang jauh-jauh dan landing-landing atas katil di hotel sepanjang hari tanpa gangguan!


Hari ini banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum saya bertolak balik kampung esok. Ahadkan majlis kahwin abang saya! Alhamdulillah perjalanan kali ini akan ditemani suami tersayang, dah lama kami tak balik Perlis bersama-sama. Bahagia. Walaupun dia akan duduk kat sebelah sebagai co-pilot sahaja tetapi perasaan tu tetap lain dari balik dengan anak-anak sahaja.


Sekejap lagi nak kemas-kemas rumah sebab saya tidak suka tinggalkan rumah dalam keadaan bersepah sedapat mungkin biarlah balik semula nanti rumah tersusun rapi sahaja. Nanti nak jelaskan bil Celcom yang bill collector asyik calling-calling kerana Rm125 tu. Sampai nak ambil tindakan mahkamah bagai. Layannnn jelah... Cerita itu ada kat sini tak mau fikir-fikir sekarang nak ambik mood happy nak balik kampung.


Nampak bantal...nampak bantal...tidur kejaplah....zzzzz...


Viewing all 567 articles
Browse latest View live