Gambar-gambar yang saya oder dari Pixajoy yang saya cerita kat sini dah sampai saya suka. Mula-mula masa ambik rasa macam ringan sangat dalam hati betul ke ni depa print gambar guna laminate paper tah-tah guna A4 biasa ja. Buka je bungkusan ada 4 kotak yang fungsi kotak itu boleh di ubah jadi frame gambar tapi lupa snaplah pulak bahagian belakang kotak tu.
Gambar tu di masukkan dalam kotak ikut pembelian kita, saya beli 24 keping 4 set jadinya dapatlah 4 kotak gambar. Kotak ini boleh jadikan frame gambar. Comel suka kotak ini.
Ini antara gambar-gambar yang saya cuci sebahagian dari 96 keping gambar. Kualiti bagus tapi kalau gambar yang kita upload tak bagus kualitinya bermakna end produk pun tak baguslah. Gambar dari compact kamera sahaja, jadilah. Print sebab mak saya nak, nanti boleh lah dia pilih-pilih gambar pergi Padang, Indonesia bulan April lalu.
Ini gambar-gambar yang saya sepahkan dari kotak. Semua gambar kenangan kami sekeluarga bercuti bersama. Baju turqoise tu Aina bersama Pak Tuan dan Hikram di Rumah Gadang, Bukit Tinggi, terasa macam jadi pengantin pulak...ahahhaaa...
Jom ramai-ramai kita cuba perkhidmatan Pixajoy, jaminan kualiti yang bagus. Barang sampai seperti yang di janjikan iaitu 3-4 hari dari tarikh gambar-gambar kita di hantar melalui on line. Gambar saya ini saya submit pada hari Jumaat dan sampai ke tangan saya pada hari Selasa. Jumaat dan Sabtu merupakan hari cuti bagi negeri Kedah jadinya perkhidmatan mereka cepat jugalah. Berbaloi sangat 25 sen sekeping. Jimat-jimat...
